Utusan Borneo (Sabah)

Snek ‘lejen’ imbau nostalgia, bangkit suasana klasik

-

KUALA LUMPUR: Melihat aneka biskut seperti biji asam, choco bear dan kapal terbang yang popular pada era 80-an dan 90-an tentunya mengimbau nostalgia zaman kanakkanak bagi mereka yang membesar dengan makanan lejen tersebut.

Begitu juga dengan jajan seperti biskut yang diletak dalam kotak berserta mainan, gula-gula asam duit syiling dan beberapa snek lain yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Meskipun berdekad telah berlalu serta pelbagai inovasi makanan tular silih berganti, snek lejen yang rata-rata mengekalka­n bungkusan dengan ilustrasi serupa masih mendapat permintaan dan digemari oleh pelbagai generasi.

Justeru itu, snek lejen turut menjadi pilihan jurukamera Amirul Azril Ahmad Azmai, 29, untuk dipamer sebagai antara alatan dan menjadi latar bagi majlis perkahwina­n beliau di rumah untuk menyemarak­kan lagi tema klasik pilihannya.

“Saya wujudkan satu kios menyerupai kedai runcit yang mempamerka­n biskut tin, gula-gula serta keropok yang digantung dalam plastik besar khusus untuk kanak-kanak.

“Kios seperti kedai runcit ini banyak mengenangk­an tentang jajan dan gula-gula yang saya suka semasa kecil. Alatan lain yang digunakan termasuk kain rentang bertulisan jawi dan kenderaan klasik,” katanya kepada Bernama.

Suasana vintaj yang dihidupkan oleh snek lejen ini juga kian menjadi pilihan penganjur pelbagai acara seperti majlis hari jadi dan rumah terbuka yang memilih untuk menempah kios makanan itu untuk tetamu.

Fatein Azrin, 32, yang sudah lima tahun menawarkan perkhidmat­an itu pula berkata penyediaan makanan ringan tersebut memberikan suasana seperti berada di rumah sendiri selain mengurangk­an rasa janggal tetamu ketika majlis berlangsun­g.

Menurut pemilik perniagaan dinamakan ‘Kunyahan’ itu, pihaknya menawarkan pelbagai snek yang old school seperti biji asam yang lebih berkualiti dan secara peribadi, Fatein percaya makanan itu mengimbau memori indah individu daripada pelbagai peringkat usia.

“Saya sendiri asaskan perniagaan ini berinspira­sikan memori zaman kanak-kanak, ia mengingatk­an kenangan indah ketika membesar dahulu kerana saya sering minta air soda dalam botol daripada Atok, dulu harganya RM0.20 sahaja, siap ais ikat tepi,” katanya.

Snek lejen ini turut membawa tuah kepada peniaga dalam talian Hasana Zaini, 34, sehingga membolehka­n beliau mengembang­kan perniagaan dan membuka kedai fizikal sejak dua tahun lepas.

“Disebabkan sering mendapat maklum balas dan cadangan daripada pelanggan yang mahu rasa vibe dan feel dulu-dulu apabila dikeliling­i susunan semua snek ini secara berdepan, saya pun buka kedai fizikal.

“Walaupun boleh saja pesan dalam talian, ramai yang lebih suka datang ke kedai sebab rasa seronok kerana boleh pilih dan timbang macam kaedah dulu-dulu,” katanya.

Bagi penggemar snek lejen Nabilla Fadzillah, walaupun terdapat pelbagai pilihan di pasaran, beliau sanggup berhabis puluhan ringgit sehari demi memastikan biskut pilihan hatinya sentiasa dalam simpanan sebagai makanan ringan.

Penjawat awam berusia 35 tahun itu berkata minat tersebut juga dikongsi daripada generasi neneknya hinggalah kepada anak-anak saudaranya yang turut menggemari makanan tersebut sekali gus menyifatka­n ia sebagai antara ejen terbaik dalam merapatkan jurang keluarga pelbagai generasi.

“Sejak kecil lagi saya makan jajan lejen ini kerana ibu bapa yang belikan, sekarang saya pula beli untuk anak-anak saudara,” katanya. — Bernama

 ?? ?? TERBAIK: Lee (kiri) menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Perubatan Terbaik kepada Dr. Leong, sambil disaksikan Kwong (kanan).
TERBAIK: Lee (kiri) menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Perubatan Terbaik kepada Dr. Leong, sambil disaksikan Kwong (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia