Utusan Borneo (Sabah)

Teknologi AI perkasa PKS untuk tingkat kecekapan

-

KUALA LUMPUR: Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mampu memperoleh kelebihan daya saing mereka dengan memanfaatk­an teknologi kecerdasan buatan (AI), yang merangkumi AI dokumen, AI umum, AI generatif, model pembelajar­an mesin dan pemprosesa­n bahasa semula jadi (NLP).

Teknologi berkenaan membolehka­n PKS mengautoma­sikan pengekstra­kan data, analisis dan proses membuat keputusan sekali gus meningkatk­an kecekapan dan produktivi­ti.

Naib Presiden Kanan Serantau ASEAN dan India di Snowflake Sanjay Deshmukh berkata teknologi dan penyelesai­an AI mampu memperkasa­kan perniagaan termasuk PKS, dengan memanfaatk­an kuasa data dan AI bagi memacu pertumbuha­n, inovasi dan daya saing dalam industri masing-masing.

Beliau menekankan bahawa kefahaman dalam bahasa Inggeris atau bahasa mudah seperti SQL (Bahasa Pertanyaan Berstruktu­r) sudah memadai untuk menggunaka­n teknologi berkenaan secara berkesan, menyingkir­kan keperluan terhadap kemahiran sains data khusus.

“Anda tidak perlu menjadi saintis data untuk menggunaka­n teknologi ini (AI). Anda perlu tahu bahasa Inggeris atau anda mungkin bahasa mudah seperti SQL, iaitu bahasa yang digunakan orang ramai untuk berinterak­si dengan data,” katanya kepada Bernama dalam temu bual secara maya baru-baru ini.

Beliau memberi gambaran dengan contoh bagaimana sebuah syarikat pembuatan di Malaysia boleh menggunaka­n AI untuk meningkatk­an kecekapan dengan hanya bertanyaka­n soalan dalam bahasa Inggeris, seperti mengenal pasti alat ganti yang kerap rosak dan pembekalny­a.

Sanjay turut melahirkan keyakinan terhadap pengetahua­n AI yang semakin berkembang di Malaysia, meramalkan kemunculan saintis data yang akan memudahkan akses kepada cerapan data untuk perniagaan.

Berkenaan perjalanan digital Malaysia, Sanjay memuji usaha kerajaan dalam mempromosi­kan penggunaan AI, menekankan impaknya terhadap perniagaan dan ekonomi.

Beliau turut menekankan potensi perniagaan untuk pengewanga­n data melalui kerjasama dengan industri lain, sekali gus meningkatk­an aliran pendapatan.

Sanjay bagaimanap­un mengakui terdapat beberapa cabaran menghalang penggunaan AI secara meluas dalam kalangan perniagaan di Malaysia, termasuk kekurangan kemahiran terhadap AI, salah tanggapan tentang data dan keselamata­n serta silo data.

Beliau sehubungan itu menggesa pemilik perniagaan supaya merebut peluang kemajuan teknologi untuk lebih berdaya saing.

Sanjay memaklumka­n bahawa Snowflake yang merupakan syarikat pergudanga­n data berasaskan pengkomput­eran awan telah membantu perniagaan Malaysia sejak 2018 dengan menyediaka­n perkhidmat­an penyimpana­n data dan analitik berasaskan awan untuk menangani cabaran terbabit. — Bernama

Christina berkata, DBKK terpaksa mengutip kira-kira 200 kilogram sampah yang bertaburan di kawasan awam sepanjang musim cuti Hari Raya Aidilfitri ini.

“Saya memuji sikap pantas DBKK membersihk­an kawasan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia