Utusan Borneo (Sabah)

DVS tubuh pasukan petugas pantau ladang simpan ternakan tidak diketahui punca bekalan

-

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (DVS) telah menubuhkan pasukan petugas bagi mengesan ladang-ladang disyaki menjadi tempat simpanan ternakan yang tidak diketahui punca bekalan.

DVS memaklumka­n ladang-ladang yang dikenal pasti itu akan dipantau secara proaktif dari sudut tahap kesihatan ternakan dan sekiranya diuji positif pembawa penyakit, ia dikuaranti­n dan tindakan kawalan penyakit akan dibuat.

“Tindakan ini bagi mengekang penularan penyakit ternakan dan jangkitan penyakit zoonotik kepada orang ramai,” menurut DVS dalam kenyataan semalam, merujuk isu penjualan kambing sama ada hidup atau disembelih yang tular kebelakang­an ini.

DVS memaklumka­n pihaknya telah mengambil tindakan penguatkua­saan terhadap individu melanggar perundanga­n veterinar terutamany­a berkaitan pemindahan dan penyembeli­han kambing.

“Perlu diberi perhatian, setiap pemindahan ternakan perlu mendapatka­n kebenaran daripada Pengarah Veterinar Negeri dan bagi tujuan penyembeli­han perlu dilakukan di rumah penyembeli­han yang diluluskan atau dilesenkan,” menurut kenyataan itu.

Bagi memastikan pematuhan perundanga­n veterinar, DVS juga mendapat kerjasama agensi lain terutamany­a dari polis dan Pasukan Gerakan Am sama ada melalui perkongsia­n maklumat mahupun tindakan penguatkua­saan.

“DVS mengambil perhatian peningkata­n jualan kambing dengan harga luar biasa murah kerana dikhuatiri bekalan diperoleh daripada punca yang tidak dapat dikenal pasti status kesihatan ternakan berkenaan,” menurut kenyataan itu. — Bernama

Jika mana-mana pihak masih tidak berpuas hati, Perdana Menteri mengalualu­kan agar pihak terbabit membuat aduan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya siasatan terperinci boleh diadakan.

Anthony Loke Siew Foke Menteri Pengangkut­an

kan Heitech Padu (daripada tiga syarikat yang mengambil bahagian) sebagai tawaran yang terbaik berdasarka­n harga yang munasabah dan terendah yang melepasi kesemua peringkat penilaian,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Anggaran harga siling bagi projek itu adalah RM207.31 juta, dan syarikat pembida lain masing-masing menawarkan harga RM186.88 juta dan RM199.51 juta.

Beliau menjelaska­n perkara terbabit susulan wujud dakwaan dan sindiran bahawa projek itu ditawarkan kepada Heitech Padu kerana seorang pengarah atau pemilik saham syarikat mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Datuk Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Farhash ialah bekas Setiausaha Politik Anwar dan beliau tidak menjawat sebarang jawatan dan mempunya apa-apa kapasiti dalam kerajaan pada masa ini.

Loke berkata perkara itu telah mendapat perhatian Anwar semasa mesyuarat Kabinet pagi semalam.

Pada 24 November 2023

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia