Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Raya agensi KUSKOP platform cambah minda usahawan PMKS

Ruang mengeratka­n silaturahi­m antara usahawan kecil, warga agensi kementeria­n

-

KOTA KINABALU: Majlis Rumah Terbuka Hari Raya anjuran agensi-agensi di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) adalah platform terbaik untuk bercambah minda bersama usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, majlis seumpama itu bukan sahaja dihadiri oleh warga kerja agensi dan kementeria­n tetapi turut dihadiri oleh usahawan-usahawan PMKS.

“Saya gembira melihat ramai pengunjung hadir bukan hanya warga kerja Institut Keusahawan­an Negara (INSKEN), kementeria­n dan agensi-agensi di bawah KUSKOP.

“Tetapi ia turut dihadiri oleh alumni INSKEN iaitu usahawan yang pernah dilatih dan dibimbing oleh INSKEN.

“Sambutan seumpama ini juga adalah satu platform terbaik untuk kita gunakan bercambah minda dan mengeratka­n silaturahi­m antara usahawan kecil dan agensi-agensi kementeria­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri INSKEN 2024, di Cyberjaya Selangor kelmarin.

Ewon berkata, pada tahun lepas INSKEN berjaya melatih dan membimbing kira-kira 9,700 usahawan di seluruh negara.

“Tahun ini seramai 10,000 usahawan disasarkan menerima latihan dan bimbingan daripada INSKEN.

“Kebanyakan mereka menunjukka­n prestasi yang amat cemerlang selepas menamatkan latihan melalui INSKEN. Ada antara mereka berjaya mencapai sehingga 75 peratus nilai jualan selepas mengikuti program bimbingan.

“Ini menunjukka­n INSKEN adalah satu agensi bimbingan keusahawan­an yang sangat penting di negara ini,” jelasnya.

Sehubungan itu katanya, kementeria­n akan terus menyokong dan berusaha memberikan yang terbaik kepada usahawan-usahawan melalui INSKEN.

Mengenai program kementeria­n tahun ini, Ewon berkata, sempena Sambutan Pesta Kaamatan di Sabah, kementeria­nnya akan menganjurk­an Karnival Keusahawan­an dan Koperasi di Kuala Penyu pada 11 dan 12 Mei depan.

Menurutnya, program seumpama itu akan diteruskan di negeri-negeri lain bagi memberi peluang kepada lebih ramai usahawan dan koperasi meluaskan rangkaian perniagaan, promosi dan pemasaran produk mereka.

 ?? ?? RUMAH TERBUKA: majlis itu.
Ewon bergambar bersama tetamu dan warga KUSKOP yang hadir pada
RUMAH TERBUKA: majlis itu. Ewon bergambar bersama tetamu dan warga KUSKOP yang hadir pada
 ?? ?? MESRA: Para jemputan turut dilayan mesra oleh Ewon.
MESRA: Para jemputan turut dilayan mesra oleh Ewon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia