Utusan Borneo (Sabah)

MISKIN TEGAR TURUN 42 PERATUS

Seramai 12,555 KIR masih berstatus miskin tegar daripada 22,510 KIR setakat 31 Mac 2024 Syarikat Kim Teck Cheong antara yang menyatakan komitmen membantu usaha kerajaan negeri

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan penurunan sebanyak 42 peratus iaitu seramai 12,555 Ketua

Isi Rumah (KIR) yang masih berstatus miskin tegar daripada 22,510 KIR setakat 31 Mac 2024.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, jumlah berkenaan adalah berdasarka­n ‘locked figure’ yang ditetapkan dalam sistem e-Kasih.

Menurutnya, kerajaan negeri menetapkan ‘locked figure’ yang direkodkan dalam sistem e-Kasih bagi Program Menoktahka­n Miskin Tegar di Sabah melibatkan seramai 22,510 KIR dan 94,315 Ahli Isi Rumah (AIR).

Bagaimanap­un katanya, perubahan status akan berlaku dengan perubahan bilangan ahli isi rumah, perubahan pendapatan, bantuan yang diterima atau ditamatkan serta perubahan maklumat lain seperti meninggal dunia atau berpindah ke negeri lain.

“Bagi penyelaras­an program kemiskinan tegar di negeri ini, kerajaan negeri menubuhkan dua jawatankua­sa iaitu Jawatankua­sa Induk dan Jawatankua­sa Teknikal Menoktahka­n Miskin Tegar bagi usaha menyelaras dan memantau Program Menoktahka­n Miskin Tegar di Sabah menjelang 2024 ataupun 2025.

“Secara prinsipnya, pengukuran kadar kemiskinan yang diguna pakai adalah berdasarka­n nilai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) untuk kemiskinan mutlak dan

PGK Makanan untuk mengukur kemiskinan tegar.

“Bermula tahun ini, pelaksanaa­n program kemiskinan akan menggunaka­n PGK

2022 yang menyaksika­n peningkata­n daripada RM2,537 kepada

RM2,742. Manakala,

PGK Makanan meningkat daripada RM1,179 kepada RM1,218,” jelasnya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Alias Sani (WARISAN-Sekong) mengenai langkah kerajaan untuk membawa Sabah keluar dari kedudukan tercorot negeri miskin di Malaysia.

Hajiji berkata, sebagai tambahan kepada definisi kemiskinan sedia ada, kerajaan negeri melalui Sekretaria­t Sabah Maju

Jaya (SSMJ) mengambil langkah proaktif dalam memperhalu­si definisi kemiskinan tegar di negeri ini melalui 13 indikator tambahan kemiskinan tegar.

Menurutnya, ia termasuk pemilikan rumah, pekerjaan, pemilikan tanah, kemampuan membayar perkhidmat­an asas, kecacatan fizikal ataupun mental, penyakit kritikal, kenderaan, haiwan ternakan, status pendaftara­n kelahiran, serta tahap pendidikan

“Program Menoktahka­n Miskin Tegar di Sabah akan dilaksanak­an secara berfasa iaitu program jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Bagi program jangka masa pendek, ia merangkumi lima program iaitu program MySMJ Profiling, MySMJ Kerja PBT, MySMJ Kerja DO,

MySMJ Kerja GLC dan MySMJ Kerja Industri.

“Program jangka masa sederhana, sebanyak lima program akan dilaksanak­an antaranya MySMJ: Tani, MySMJ: Mikro, Rumah Mesra SMJ, MySMJ: Tour dan MySMJ: Care,” katanya.

Beliau berkata, bagi jangka masa panjang, terdapat dua program iaitu MySMJ: Modal Insan dan MySMJ: Teroka. Secara prinsipnya, bagi pemadanan atau intervensi bantuan yang bersesuaia­n kepada miskin tegar, program ini akan meliputi lima aspek utama iaitu pekerjaan, keusahawan­an, perumahan, pendidikan dan kebajikan.

“Dalam usaha kerajaan negeri bergerak dalam program kemiskinan tegar ini, data-data yang tepat diperlukan dalam menyokong kepada bantuan intervensi yang bersesuaia­n untuk disalurkan kepada KIR dan AIR yang dikenal pasti.

“Sekretaria­t SMJ bersama Pejabat Pembanguna­n Negeri Sabah, Jabatan Perdana Menteri

(ICU), Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) dan Pejabat Daerah memulakan kerja verifikasi lapangan data e-Kasih bagi mengenal pasti padanan bantuan yang bersesuaia­n kepada golongan miskin tegar di negeri ini,” jelasnya.

Beliau juga berkata beberapa siri libat urus akan diteruskan supaya pemainpema­in industri turut serta dalam memberikan peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar dan menyumbang di negeri ini.

Katanya, Syarikat Kim Teck Cheong Sdn. Bhd. dan Kumpulan BTC Berhad telah menyatakan komitmen kepada Kerajaan Negeri dalam pelantikan anak-anak miskin tegar di syarikat masing-masing.

Dalam pada itu, Alias dalam soalan tambahanny­a turut bertanya mengenai percanggah­an jumlah KIR yang berstatus miskin tegar di Sabah yang tidak sama seperti yang dinyatakan oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli di Parlimen.

Hajiji menjelaska­n, berkemungk­inan data yang disebutkan oleh Menteri Ekonomi adalah data terdahulu yang belum dikemas kini memandangk­an data yang dinyatakan­nya adalah data terkini yang disahkan oleh pihak ICU negeri.

 ?? ?? SIDANG DUN: Hajiji (kanan) bersalam dengan Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam semasa menghadiri Mesyuarat Pertama Penggal Kelima DUN Sabah.
SIDANG DUN: Hajiji (kanan) bersalam dengan Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam semasa menghadiri Mesyuarat Pertama Penggal Kelima DUN Sabah.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia