Utusan Borneo (Sabah)

Tiga nelayan tangkap ikan di kawasan larangan ditahan

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Tiga nelayan ditahan selepas didapati bersalah menjalanka­n aktiviti menangkap ikan menggunaka­n sebuah bot di kawasan perairan kurang dua batu nautika dari daratan, pada Ahad.

Semua suspek terbabit ditahan oleh Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menerusi Op

Khas Pagar Laut dan Op Sejahtera, kira-kira jam 4.15 petang.

Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, semua nelayan terbabit didapati menjalanka­n aktiviti menarik pukat berhampira­n daratan kirakira 1.7 batu nautika di Muara Sungai Merotai.

Katanya, pemeriksaa­n lanjut mendapati tiga lelaki terbabit terdiri daripada dua pemegang pasport warganegar­a asing dan seorang warga tempatan.

“Ketiga-tiga mereka berusia antara 42 hingga 63 tahun berada di atas bot berkenaan dan didapati melanggar syarat sah lesen dengan menarik pukat pada jarak 1.7 batu nautika dari daratan.

“Semua awak-awak, bot dan muatan hasil lautan diiring ke Jeti Zon Maritim Tawau sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, semua barangan termasuk bot nelayan, pukat dan muatan hasil laut yang dirampas itu dianggarka­n berjumlah RM117,000.

“Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menjalanka­n aktiviti menangkap ikan kurang daripada dua batu nautika dari daratan,” katanya.

Shahrizan berkata, Maritim Malaysia akan terus menjalanka­n pemantauan kes membabitka­n nelayan yang melanggar syarat sah lesen dengan mengambil kesempatan menarik pukat pada jarak berhampira­n pantai.

“Perbuatan itu boleh merosakkan ekosistem laut serta mengganggu aktiviti perikanan nelayan-nelayan tradisiona­l di kawasan pantai.

“Orang ramai diminta membantu menyalurka­n sebarang maklumat berkaitan jenayah atau aktiviti mencurigak­an di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau MERS 999,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia