Utusan Borneo (Sabah)

Wujudkan dasar pandang ke Timur dalam negara

Bagi membangunk­an Sabah dan Sarawak sebagai hab ekonomi Malaysia baharu, kata Ewon

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Sudah tiba masanya kerajaan Sabah tampil dengan satu rancangan ‘dasar pandang ke Timur dalam negara’ iaitu membangunk­an Sabah (dan Sarawak) sebagai hab ekonomi Malaysia yang baharu.

Datuk Ewon Benedick (UPKO Kadamaian) berkata, beliau mencadangk­an kerajaan Sabah tampil dengan satu pelan rancangan ekonomi yang progresif untuk dikemukaka­n dan dituntut daripada kerajaan Persekutua­n terutama dalam penyediaan

Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 2026-2030.

“Jika Indonesia sedang membangunk­an IKN di Kalimantan, manakala Thailand pula mulai bercakap membina terusan kapal mereka.

“Maka selayaknya kita di Sabah perlu tampil kompetitif dalam perancanga­n potensi ekonomi masa depan kita terutama aktiviti perdaganga­n yang aktif di Laut Sulu dan aktiviti perhubunga­n udara Borneo yang rancak di Sabah,” katanya pada perbahasan di Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, semalam.

Sementara itu katanya, pembanguna­n ‘Greater Kota Kinabalu’ dari Tuaran sehingga ke Papar semakin pesat terutama sektor pembanguna­n hartanah, pelanconga­n dan komersial.

Katanya, sudah tentu pengurusan sisa pepejal perlu ditangani dengan lebih baik.

“Dalam hubungan ini, saya ingin mengajukan pertanyaan kepada kerajaan Sabah, apakah perancanga­n untuk memodenkan pengurusan sisa pepejal di Kayu Madang pada masa ini termasuk rancangan membangunk­an teknologi tenaga boleh diperbahar­ui melalui aktiviti pengurusan sisa pepejal di Kayu Madang?

“Saya juga ingin mengetahui sama ada Kerajaan Sabah mempunyai rancangan pembinaan pusat pengurusan sisa pepejal moden di daerah-daerah lain yang boleh mengeluark­an tenaga boleh diperbahar­ui sesuai dengan hasrat kita untuk membangunk­an industri tenaga baharu serta pengurusan alam sekitar yang lebih mapan,” katanya.

 ?? ?? BAHAS: Ewon hadir di persidanga­n DUN Sabah, semalam.
BAHAS: Ewon hadir di persidanga­n DUN Sabah, semalam.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia