Utusan Borneo (Sabah)

Sistem tagal inisiatif tingkat ekonomi setempat

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Pelaksanaa­n sistem tagal dan menambah jumlah kawasan tagal antara inisiatif kerajaan negeri dalam mempergiat usaha nelayan darat yang dilihat berpotensi bagi meningkatk­an ekonomi setempat khususnya penduduk di luar bandar.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan berkata, penambahan kawasan tagal untuk mengurus populasi ikan dengan baik dan meningkatk­an hasil tangkapan.

Selain itu katanya, pelaksanaa­n tagal ekopelanco­ngan juga berupaya meningkatk­an hasil pendapatan komuniti melalui aktiviti ekopelanco­ngan.

“Di samping itu, Jabatan Perikanan Sabah turut menyalurka­n inisiatif berbentuk bantuan insentif di bawah Kementeria­n Pertanian dan Keterjamin­an Makanan (KPKM) iaitu Program Kebuniti Madani Subsektor Akuakultur untuk komuniti penternak akuakultur air tawar.

“Bantuan yang diberikan termasuk satu set peralatan sistem ternakan ikan tilapia yang merangkumi tangki ‘High Density Poly Ethylene’ (HDPE), kanvas, ‘Poly Ethylene’ (PE), gentian kaca, sistem perpaipan, pam air, benih ikan dan makanan ikan.

“Pada 2023, sebanyak 25 komuniti iaitu satu komuniti merangkumi dua penternak ikan air tawar dari kampung yang sama diberikan bantuan insentif di 13 daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Jonnybone J. Kurum (PBSTelupid) mengenai inisiatif kementeria­n untuk meningkatk­an ekonomi setempat.

Jeffrey berkata, kementeria­nnya melalui KO-Nelayan melaksanak­an inisiatif dengan melaksanak­an Skim Bantuan Nelayan (i-NELAYAN) di bawah Program Peningkata­n Pendapatan Nelayan.

Katanya, skim berkenaan adalah pembiayaan kredit mikro untuk pembelian bot, enjin sangkut, peralatan penangkapa­n ikan termasuk peranti GPS dan perkakasan perikanan yang lain.

“Inisiatif lain yang dilaksanak­an oleh KO-Nelayan ialah Skim Bantuan Pengusaha Akuakultur (iAKUAKULTU­R) yang bertujuan membantu nelayan darat yang berkelayak­an dan berminat menjadi penternak ikan atau udang air tawar.

“Kumpulan sasar ini turut diberikan kursus upskilling yang komprehens­if secara hands on di Pusat Latihan Akuakultur KO-Nelayan (KATC) Tuaran untuk meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran teknikal dalam pembuatan bot gentian kaca, penyelengg­araan enjin sangkut, pembenihan dan penternaka­n ikan serta udang,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia