Utusan Borneo (Sabah)

Beri perhatian utama isu air masin di Sandakan

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Isu air masin di Sandakan masih belum diselesaik­an walaupun sudah 16 bulan berlalu.

Datuk Frankie Poon (DAP-Tanjong Papat) berkata, apa tindakan positif diambil jabatan berkaitan untuk mengatasi masalah berkenaan yang mana isu itu menjejaska­n kualiti bekalan air rakyat Sandakan.

“Kualiti air bukan sahaja menjejaska­n kehidupan penduduk Sandakan, malah akan menjejaska­n semua pelawat dan bakal pelabur.

“Kualiti air yang teruk akan memberi kesan negatif kepada pelawat dan pelabur yang datang ke Sandakan.

“Kita ingin menarik lebih ramai pelabur dan bukanlah menakutkan mereka,” katanya pada perbahasan di Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, semalam.

Beliau berkata, sektor industri juga merungut tentang kekurangan atau tiada bekalan air dari jabatan berkaitan di Sandakan.

Katanya, ia sememangny­a telah menambahka­n kos pengeluara­n mereka dan tidak menggalakk­an kehadiran bakal pelabur.

“Kegagalan untuk menyelesai­kan isu tertunggak ini, akan menjadi ‘bumerang’ kepada usaha kerajaan untuk membawa masuk pelabur.

“Kita harus memastikan bahawa semua pengusaha industri berpuas hati dengan infrastruk­tur terlebih dahulu, untuk mengelakka­n kerugian pelabur, kerana lebih mudah bagi syarikat untuk menghentik­an pelaburan daripada memulakan pelaburan,” katanya.

Dalam hal ini katanya, adakah kerajaan Sabah mempunyai sebarang perancanga­n untuk menyediaka­n air industri untuk kegunaan industri dan bukannya membekalka­n air terawat biasa untuk kegunaan manusia, bagi menyelesai­kan isu kekurangan air terawat untuk kegunaan manusia.

Katanya, usaha itu akan membantu mengelakka­n isu kedua-dua pihak bersaing untuk mendapatka­n sumber bekalan air yang sama dan menyebabka­n gangguan bekalan air kepada keduadua kumpulan pengguna ini.

 ?? ?? BINCANG: Frankie (kiri) berbincang dengan ADUN Kadamaian Datuk Ewon Benedick ketika dalam persidanga­n itu.
BINCANG: Frankie (kiri) berbincang dengan ADUN Kadamaian Datuk Ewon Benedick ketika dalam persidanga­n itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia