Utusan Borneo (Sabah)

Segera naik taraf kemudahan asas di Kadamaian

-

Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri dimohon untuk menaik taraf kemudahan asas di kawasan Kadamaian.

Datuk Ewon Benedick (UPKO-Kadamaian) berkata, kerajaan negeri perlu naik taraf jalan luar bandar seperti jalan Gaur-Pinolobuh-Mangkulat yang melibatkan tiga buah sekolah rendah.

“Jalan Kebidahan-Takulung melibatkan sebuah sekolah dan jalan PiasauDund­au melibatkan sebuah sekolah dapat dimasukkan sebagai keutamaan negeri dalam Rolling Plan 5 (RP5) RMK12 tahun depan atau sekurang-kurangnya RP1 RMK13 pada tahun 2026.

“Saya juga meminta agar penaiktara­fan jalan Mandap-Doluoh Kinasaraba­n dapat disegeraka­n. Saya juga rakamkan penghargaa­n ke atas penaiktara­fan tiga jalan utama di Kadamaian yang sedang dilaksanak­an sekarang iaitu jalam Tengkurus-Lahanas, jalan Sayap-Mansulit dan jalan Podos-Taginambur,” katanya pada perbahasan di Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, semalam.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga perlu membangunk­an potensi baharu pelanconga­n Gunung Kinabalu di kawasan Kadamaian terutama di Kg Sayap, Kg Lobong-Lobong dan Kg Kiau sebagai pusat pelanconga­n baharu selain daripada Taman Kinabalu dan Mesilau yang ada sekarang.

“Saya hargai usaha-usaha yang dibuat oleh TamanTaman Sabah yang telah mengenal pasti potensi baharu ini dan saya mencadangk­an agar kerjasama dengan koperasiko­perasi pelanconga­n komuniti di kampung-kampung itu dapat diperkasak­an. Kerajaan negeri juga perlu meneruskan usaha penyukatan tanah anak negeri di bawah Program PANTAS di Kg Kiau dan seterusnya di Kg Sayap, Kg Terintidon, Kg Lobong-Lobong, Kg Kaung, Kg Tambatuon, Kg Melangkap dan Kg Lasau,” katanya.

Menurutnya, pemilikan tanah bergeran merupakan syarat utama program bantuan pertanian.

Maka katanya, rakyat yang mengusahak­an pertanian bukit ini perlu dibantu memiliki geran tanah mereka di bawah PANTAS.

“Saya mencadangk­an agar kerajaan Sabah meminta peruntukan yang lebih besar daripada kerajaan Persekutua­n bagi penyukatan tanah di bawah PANTAS ini di bawah program khas Anak Negeri Sabah di Persekutua­n.

“Kerajaan negeri juga perlu memasukkan semula cadangan loji bekalan air di Sungai Kadamaian dan cadangan baharu loji bekalan air di Sungai Wariu dapat dijadikan sebagai keutamaan dalam RMK13 bagi membekalka­n air terawat di kampung-kampung dalam kawasan DUN Kadamaian serta seterusnya kampung-kampung lain di DUN bersebelah­an dengan Kadamaian,” katanya.

Selain itu katanya, kerajaan negeri juga perlu segera menaik taraf kemudahan pengairan dan saliran ke kawasan sawah padi yang utama di Kadamaian seperti di Kg Tegudon, Kg Tambulion, Kg Piasau, Kg Kinasaraba­n, Kg Tambulion dan kampungkam­pung lain.

“Saya menerima banyak aduan daripada pesawahpes­awah padi di Kadamaian mengenai masalah pengairan, hakisan tebing sungai, jalan perhubunga­n dan kekurangan jentera. Saya berharap kerajaan Sabah dapat tampil dengan rancangan penyelesai­an kepada aduan-aduan ini supaya mereka dapat terus menanam padi dan memainkan peranan dalam sistem rantaian bekalan serta keterjamin­an makanan terutama padi beras di Sabah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia