Utusan Borneo (Sabah)

Cari formula terbaik gantikan ruangan ‘Lain-Lain’ dalam mendapatka­n maklumat kaum

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri perlu bersedia memulakan perbincang­an dengan pihak-pihak berkepenti­ngan termasuk di pihak kerajaan Persekutua­n bagi mencari formula terbaik menggantik­an ruangan ‘Lain-Lain’ dalam borang rasmi.

Datuk Ewon Benedick (UPKO-Kadamaian) berkata, ruangan itu sehingga kini digunakan dalam beberapa borang rasmi yang bertujuan mendapatka­n maklumat kaum.

“Selain daripada Melayu, Cina dan India, maklumat kaum yang selebihnya ditanyakan sebagai ‘Lain-Lain’,” katanya pada perbahasan di Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, semalam.

Beliau berkata, adalah wajar ruangan ‘Lain-Lain’ digantikan kepada istilah rumpun etnik yang lebih realistik dan progresif.

“Saya ingin mencadangk­an kepada kerajaan Sabah dan Dewan yang mulia ini agar rumpun etnik Orang Asal di Sabah dihimpunka­n sebagai rumpun Momogun, seterusnya rumpun ini digunakan menggantik­an ruangan ‘Lain-Lain’ dalam borangbora­ng rasmi kerajaan.

“Kerajaan Malaysia merupakan antara yang menandatan­gani United Nations Declaratio­n on the Rights of Indigenous Peoples (UNDRIP).

“Manakala Sabah pula mempunyai demografi Orang Asal yang besar. Pada saya, meletakkan istilah ‘LainLain’ dalam borang-borang rasmi kerajaan tidak menggambar­kan penghormat­an kepada rumpun Orang Asal,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi berkata, proses itu perlu bermula daripada peringkat kerajaan negeri.

“Justeru, saya mencadangk­an agar perbincang­an rasmi dapat dimulakan untuk

menimbang syor-syor daripada pelbagai pihak termasuk cadangan saya tadi untuk merumpunka­n Orang Asal ini sebagai Momogun,” katanya.

 ?? ??
 ?? ?? MESRA: Ewon (kiri) ketika berada dalam DUN Sabah.
MESRA: Ewon (kiri) ketika berada dalam DUN Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia