Utusan Borneo (Sabah)

Utamakan aktiviti fizikal demi kesihatan, kesejahter­aan Jabatan Kesihatan Labuan dan UMSKAL berjaya menganjurk­an Karnival Belia Sihat Cergas 2024

-

LABUAN: Hari Aktiviti Fizikal Sedunia disambut setiap tahun pada 6 April dengan tema tahun ini adalah ‘Have a good time! Be active!’ bagi menggalakk­an pentingnya aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian.

Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek berkata aktiviti fizikal adalah aspek penting dalam keseluruha­n kesihatan dan kesejahter­aan kita.

Katanya, ia membantu kita untuk mengekalka­n berat badan yang sihat, mengurangk­an risiko penyakit kronik, meningkatk­an kesihatan mental, meningkatk­an fungsi kognitif seterusnya mencapai kualiti hidup yang sejahtera.

Namun, katanya, walaupun terdapat banyak manfaat daripada aktiviti fizikal, sebahagian besar penduduk dunia masih belum mencapai saranan aktiviti fizikal seperti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

“Penganjura­n Karnival Belia Sihat Cergas ini amat bertepatan dan diharapkan dapat mempromosi­kan hidup yang sihat cergas khusus untuk golongan belia kerana belia hari ini adalah generasi yang akan menjadi pelapis kepimpinan dan menerajui negara pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Karnival Belia Sihat Cergas Sempena Sambutan Hari Aktiviti Fizikal Sedunia 2024 Peringkat WP Labuan di Dewan Utama UMSKAL pada Ahad lalu.

Turut hadir Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus

Antarabang­sa Labuan (UMSKAL), Prof Madya Dr Mohamad Rizal Abdul Hamid dan Timbalan Pengarah Kesihatan Labuan (Kesihatan Awam), Dr Mohd Zaki Ab Hamid yang mewakili Pengarah Jabatan Kesihatan WP Labuan, Dr Francis Paul.

Hadir sama Ketua Pentadbira­n UMSKAL, Zamri Mohamad Tuah, Penyelaras Program Karnival Belia Sihat Cergas, Dr. Ricky Chia Chee Jiun dan Pengarah Program Karnival Belia Sihat Cergas, Chai Zhi Leng. faedah yang dapat dinikmati terutama dari segi kesihatan. rutin aktiviti fizikal yang biasa seperti berjalan, mengayuh basikal dan bersukan dapat memberi kesan yang besar kepada kesihatan kita,” katanya.

Justeru itu, beliau menggesa setiap individu untuk berkomitme­n mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal dalam kehidupan harian.

Kita perlu berusaha untuk menjadikan aktiviti fizikal sebagai rutin harian kita, sama ada dengan berjalan, bermain, bersukan, atau melakukan kerja rumah.

Adalah penting untuk diingat bahawa sedikit aktiviti fizikal adalah bermakna dan perubahan kecil boleh memberi impak yang besar.

 ?? ?? PENGANJUR: Simsudin (lima kanan), Dr Mohd Zaki (empat kanan) dan Dr Mohamad Rizal (enam kanan) bersama AJK Penganjur Karnival Belia Sihat Cergas 2024.
PENGANJUR: Simsudin (lima kanan), Dr Mohd Zaki (empat kanan) dan Dr Mohamad Rizal (enam kanan) bersama AJK Penganjur Karnival Belia Sihat Cergas 2024.
 ?? ?? HARGAI: Dr Mohamad Rizal (empat kanan) bersama Dr. Ricky Chia Chee Jiun (dua kanan) dan Chai Zhi Leng (kanan).
HARGAI: Dr Mohamad Rizal (empat kanan) bersama Dr. Ricky Chia Chee Jiun (dua kanan) dan Chai Zhi Leng (kanan).
 ?? ?? FUNWALK: Pegawai Jabatan Kesihatan bersama Dr Mohamad Rizal (empat kiri), Dr. Ricky Chia Chee Jiun (tiga kiri) dan Chai Zhi Leng (kanan).
FUNWALK: Pegawai Jabatan Kesihatan bersama Dr Mohamad Rizal (empat kiri), Dr. Ricky Chia Chee Jiun (tiga kiri) dan Chai Zhi Leng (kanan).
 ?? ?? ALBUM: Peserta bergambar kenangan selepas menyertai acara sukan persahabat­an.
ALBUM: Peserta bergambar kenangan selepas menyertai acara sukan persahabat­an.
 ?? ?? TERUJA: Persembaha­n tarian daripada Kumpulan Taming Mas UMSKAL.
TERUJA: Persembaha­n tarian daripada Kumpulan Taming Mas UMSKAL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia