Utusan Borneo (Sabah)

Projek Tamu Desa dan Ehsan@ KUSKOP, respons kepada isu rakyat, cetusan UPKO: Ewon

-

KIULU: Projek Tamu Desa dan Ehsan@KUSKOP iaitu projek pembasmian kemiskinan di Sabah adalah respond kepada isu rakyat yang dicetuskan oleh Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

Presidenny­a Datuk Ewon Benedick berkata, kedua-dua inisiatif untuk rakyat Sabah itu akan dilancarka­n pada tahun ini.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi berkata, selama ini kementeria­n itu tidak pernah terlibat dalam pembasmian kemiskinan dan pembinaan infrastruk­tur namun atas dasar tanggungja­wab maka dua inisiatif itu diperkenal­kan.

Atas dasar tanggungja­wab kerana kita berhadapan dengan daerah sendiri yang tersenarai dalam insiden kemiskinan, maka Kementeria­n memutuskan untuk memperkena­lkan Projek Ehsan@KUSKOP.

“Projek menoktahka­n kemiskinan ini akan melibatkan kesemua 10 agensi dan dua organisasi di bawah portfolio saya iaitu Yayasan Bank Rakyat (YBR) dan Universiti Keusahawan­an Kebangsaan Malaysia (UKKM).

“Pelaksanaa­n Ehsan@ KUSKOP ini akan melibatkan dua Kumpulan iaitu pelajar dan ketua isi rumah yang tersenarai dalam daftar e-Kasih,” katanya ketika berucap pada Konvensyen UPKO Zon B (Tuaran dan Sepanggar), di Dewan Masyarakat Kiulu, di sini, kelmarin.

Ewon berkata, isu kemiskinan ini juga telah dibangkitk­an dalam Mesyuarat

Pembanguna­n Sabah beberapa hari lalu.

“Kerajaan negeri telah mengemukak­an insiden kemiskinan di negeri ini masih melebihi 12,000 dalam daftar e-Kasih. Intervensi untuk menyelesai­kan kemiskinan ialah melalui gerakan keusahawan­an dan Pendidikan,” katanya.

Beliau berkata, sekrateria­t bagi Kerajaan negeri ialah SMJ akan berbincang dengan sekrateria­t Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi untuk meneliti dan melaksanak­an projek Ehsan@KUSKOP tahun ini.

Katanya lagi, projek ini akan dimulakan di tiga daerah yang dikategori­kan daerah miskin iaitu Parlimen Kudat, Parlimen Kota Marudu dan Parlimen Kota Belud.

“Ini lah respond UPKO, respond kepimpinan UPKO terhadap insiden kemiskinan di Sabah. Kita harus berupaya mengangkat permasalah­an dan berupaya menjadi penyelesai­an kepada masalah ini,”katanya.

Ewon berkata, inisiatif kedua ialah Projek Tamu Desa.

“Tidak pernah dalam sejarah kementeria­n terlibat dalam projek infrastruk­tur kerana selama ini hanya tertumpu kepada memberi pembiayaan, pinjaman, geran dan kursus-kurusus latihan keusahawan­an.

“Tapi saya bertegas meminta kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), harus ada bajet untuk menaiktara­f atau mewujudkan bangunan gerai-gerai baru, tamu-tamu tradisi luar bandar terutamany­a yang berada di luar kawasan perkadaran,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia