Utusan Borneo (Sabah)

Muhyiddin tidak layak beri kenyataan selagi gagal bantu panggil menantu hadapi tuduhan pecah amanah: Fahmi

-

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak layak memberi kenyataan berkaitan sebarang perkembang­an semasa negara termasuk isu politik.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata ini kerana Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu gagal membantu pihak berkuasa meminta menantunya, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang menghilang­kan untuk tampil bagi menghadapi pertuduhan pecah amanah jenayah oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Jangan cakap mengenai Kuala Kubu Baharu atau PRK (Pilihan Raya Kecil). Bawa pulang menantu anda dulu, kemudian baru anda berada di kedudukan yang lebih baik untuk bercakap mengenai apa-apa sahaja, kerana dia (menantu Muhyiddin) sedang melarikan diri daripada undang-undang.

“Sepatutnya sebagai pemimpin, beliau (Muhyiddin) seharusnya menjadi contoh yang baik untuk mengarahka­n menantu beliau balik ke Malaysia dan berdepan dengan siasatan yang telah dimulakan.

“Jika gagal lakukan perkara asas ini, maka saya rasa beliau tiada ‘moral standing’ untuk bercakap mengenai apa-apa sahaja,” kata Fahmi ketika ditemui pemberita selepas hadir majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Lembah Pantai 2024 di IWK Eco Park@Lembah Pantai di sini malam kelmarin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa kenyataan Muhyiddin sebelum ini mengenai Kerajaan Perpaduan.

PRK Kuala Kubu Baharu diadakan ekoran kekosongan luar jangka selepas penyandang­nya Lee Kee Hiong daripada DAP meninggal dunia pada 21 Mac lepas, dan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian berlangsun­g pada 11 Mei, manakala hari penamaan calon pada 27 April.

Pada pilihan raya negeri tahun lepas mendiang Lee berjaya mempertaha­nkan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu mengalahka­n Teoh Kien Hong (Gerakan), Siva Prakash Ramasamy (Muda), dan Chang Boon Lai (Parti Rakyat Malaysia) dengan majoriti 4,119 undi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CERIA: Fahmi beramah mesra ketika menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Lembah Pantai 2024 di IWK Eco Park@ Pantai Dalam dekat Kuala Lumpur kelmarin.
— Gambar Bernama CERIA: Fahmi beramah mesra ketika menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Lembah Pantai 2024 di IWK Eco Park@ Pantai Dalam dekat Kuala Lumpur kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia