Utusan Borneo (Sabah)

Aktiviti plogging beri impak positif terhadap kelestaria­n alam sekitar

-

KUALA LUMPUR: Aktiviti plogging iaitu beriadah sambil mengutip sampah yang lazimnya dilaksanak­an di Sweden, dilihat mampu memberikan impak positif terhadap kelestaria­n alam sekitar di negara ini jika ia dilaksanak­an secara meluas.

Menteri Sumber Asli dan Kelestaria­n Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata aktiviti itu juga, mampu memupuk semangat kekitaan dan penghayata­n terhadap aspek penjagaan alam sekitar dalam kalangan masyarakat.

“Kita tahu sekarang bahawa ada permintaan tinggi untuk aktiviti fizikal dan riadah. Sekarang kita lihat di sekitar taman-taman, hutanhutan bandar ataupun urban forest dan sebagainya, memang banyak aktiviti riadah dijalankan.

“Malah, kita juga tahu ada beberapa tempat yang kita masih lagi berdepan dengan masalah sampah dan kebersihan. Jadi, kalau kita gabungkan kedua-dua aktiviti itu (beriadah sambil kutip sampah) bagi saya ia akan memberi impak lebih positif kepada alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program plogging sempena Hari Bumi 2024, bertemakan ‘Planet vs Plastic’ anjuran Kedutaan Sweden di Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), di Kebun Bandar Sungai Bunus di sini semalam.

Turut hadir Duta Besar Sweden ke Malaysia Dr Joachim Bergstrom dan

Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmat­an Berita) Bernama Nasriah Darus.

Selain itu, Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangs­a berkata pihaknya juga sentiasa mencari ruang dan platform, bagi melaksanak­an jalinan kerjasama dalam menggerakk­an program-program kelestaria­n alam sekitar.

Beliau berkata Kementeria­n Pendidikan merupakan antara rakan kongsi yang banyak dilibatkan dalam program alam sekitar, bagi memastikan elemen kelestaria­n alam boleh diterapkan dalam kalangan pelajar menerusi pelaksanaa­n aktiviti di sekolah.

“Kita pun tahu kesedaran dalam kalangan anak muda sangat tinggi dalam isu alam sekitar, jadi kalau boleh kita mahu kembangkan dan terapkan lagi. Kita mahu kesedaran itu ada di seluruh negara, bukan di tempattemp­at tertentu sahaja,” katanya.

Terdahulu, Nik Nazmi menyertai aktiviti plogging bersama-sama pelajar-pelajar sekolah, warga kerja Bernama, pegawai-pegawai kedutaan dan kementeria­n. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? IMPAK POSITIF: Nik Nazmi (tengah) pada program plogging sempena Hari Bumi 2024 bertemakan‘Planet vs Plastik’ anjuran Kedutaan Sweden di Malaysia dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Kebun Bandar Sungai Bunus dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama IMPAK POSITIF: Nik Nazmi (tengah) pada program plogging sempena Hari Bumi 2024 bertemakan‘Planet vs Plastik’ anjuran Kedutaan Sweden di Malaysia dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Kebun Bandar Sungai Bunus dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia