Utusan Borneo (Sabah)

Konvensyen UPKO Tuaran, Sepanggar luluskan sembilan resolusi

-

TUARAN: Sembilan resolusi diluluskan sebulat suara oleh para perwakilan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) pada Konvensyen UPKO Zon B (Tuaran dan Sepanggar) di sini, kelmarin.

Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick berkata, resolusi-resolusi itu ialah berkaitan menaik taraf daerah-daerah kecil dan menaik taraf Majlis Perbandara­n, penyukatan tanah melalui program PANTAS, bekalan air terawat sepanjang jalan Tamparuli-Pekan Nabalu, resolusi berkaitan politik seperti pilihan raya dan kerusi-kerusi baharu serta tuntutan hak-hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau berkata, setiap resolusi itu akan diambil tindakan oleh setiap biro yang diwujudkan dalam parti itu.

“Kita mempunyai birobiro yang telah kita tubuhkan untuk meneliti, mengangkat dan menyusuli tindakan bersesuaia­n yang boleh diambil parti UPKO mengenai setiap resolusi ini dengan pihak kerajaan negeri dan persekutua­n.

“Ada perkara yang saya akan bangkitkan segera dengan rakan-rakan di kabinet Persekutua­n, terutamany­a berkaitan dengan bekalan air terawat seperti yang dibahaskan. Begitu juga dengan penyukatan tanah pantas yang memerlukan intervensi dan sokongan kerajaan persekutua­n dan pimpinan kerajaan negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Konvensyen UPKO Zon B, di Dewan Masyarakat Kiulu, di sini, semalam.

Mengenai dengan MA63, Ewon yang juga Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi dan Ahli Parlimen Penampang berkata, beliau telah memaklumka­n perkembang­an usaha-usaha melaksanak­an Perjanjian Malaysia 1963.

“Sembilan daripada 23 agenda Perjanjian Malaysia itu telah pun diselesaik­an sepenuhnya dan selebihnya masih dibincangk­an di Jawatankua­sa Teknikal dan akan dimuktamad­kan di Majlis Khas 63,” katanya.

Ewon berkata, konvensyen itu adalah platform kepada bahagian-bahagian UPKO untuk mengangkat isu-isu rakyat dan parti.

“Pada masa yang sama, menjadi platform kepada saya untuk memberikan penjelasan mengenai perkara-perkara yang telah kita selesaikan, inisiatif-inisiatif yang telah kita laksanakan serta dasardasar semasa kerajaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia