Utusan Borneo (Sabah)

SME Corp. Malaysia salur RM3 juta bimbing usahawan belia Sabah

-

PENAMPANG: Sebanyak 200 usahawan belia bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah RM3 juta.

Bantuan berkenaan dilaksanak­an di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera

(TUBE) oleh SME Corp. Malaysia, agensi di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, program itu bertujuan menggalakk­an belia bumiputera berumur antara 18 sehingga 30 tahun menceburi bidang perniagaan.

Katanya, program berbentuk latihan asas keusahawan­an itu dijenamaka­n sebagai TUBE-X sempena dengan tahun ke-10 penganjura­nnya dengan kerjasama Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) dan Bank Kerjasama

Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) selama tujuh hari bermula pada 6 Mei lalu.

”Program ini turut dilaksanak­an di empat zon lain iaitu Zon Utara, Pantai Timur, Tengah/ Selatan dan Sarawak dengan menyediaka­n Geran Permulaan Perniagaan sehingga RM15,000 kepada setiap peserta yang berjaya menamatkan latihan,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutupan Program TUBE-X Zon Sabah di sini, semalam.

Menurutnya, selepas tiga tahun Program TUBE dijalankan secara dalam talian akibat pandemik COVID-19, program itu kembali diadakan secara bersemuka tahun ini.

Ewon berkata, ia bertujuan agar tempoh pengajaran dan latihan keusahawan­an dapat dimaksimum­kan dan secara tidak langsung mewujudkan jaringan sesama peserta.

Sehingga Disember 2023, seramai 7,738 peserta TUBE mengambil bahagian dan peserta dari Sabah yang tertinggi menyertai program TUBE iaitu seramai 1,444 orang (18.66 peratus).

Peserta Alumni TUBE Sabah juga berjaya mewujudkan sebanyak 2,039 peluang pekerjaan di Sabah dengan nilai jualan perniagaan terkumpul sebanyak RM20.65 juta.

Dalam majlis yang sama, Ewon turut menyampaik­an replika cek kepada wakil peserta TUBE-X sebagai simbolik tamat sesi latihan Program TUBEX serta menyaksika­n

Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara SME Corp. Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

MoU dengan UMS ini merintis jalan bagi kerjasama melaksanak­an inisiatif kemampanan untuk PMKS di Sabah yang merangkumi pembinaan kapasiti dan promosi amalan Persekitar­an, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), membangunk­an ekosistem kredit karbon di Sabahserta­menjalanka­naktiviti berkaitan pembanguna­n modal insan dan penyelidik­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia