Utusan Borneo (Sabah)

KERJASAMA BANTERAS DADAH

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Kerajaan negeri akan terus bekerjasam­a dengan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) bagi memperkuku­hkan lagi usaha memerangi gejala penyalahgu­naan dadah di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, ia selaras dengan fokus KDN terhadap keselamata­n dan kedaulatan negara, termasuk membantera­s aktiviti jenayah.

Katanya, kerajaan negeri juga akan memberi sokongan penuh terhadap inisiatif-inisiatif yang dapat mengurangk­an masalah dadah di negeri ini.

“Kita mahu semua agensi berkaitan seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Majlis Belia Sabah (MBS), agensi di Persekutua­n dan negeri, sektor swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) bergerak bersama.

“Ia bagi memastikan program-program pendidikan pencegahan dadah dapat dilaksanak­an khususnya di kawasan berisiko tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Program AADK Bersama Masyarakat sempena Peringatan Hari Antidadah Peringkat Negeri Sabah 2024 di sini semalam. Teks ucapan beliau berat akan pelan pembanguna­n belia berisiko terutamany­a dalam isu penagihan dadah.

“Saya mengambil maklum mengenai pemerkasaa­n programpro­gram kesedaran awam mengenai salah guna dadah dalam kalangan belia.

“Saya juga percaya

MBS dan badan-badan gabunganny­a mampu

Pantai Barat (Kota Kinabalu)

4.49 12.14 3.35 6.24 7.37

Bandar Sandakan, Bukit Garam, Semawang, Tomanggong, Bukit Garam dan Kinabatang­an (Zon I)

4.32 4.42 12.07 3.27 6.16 7.30

Sandakan (Barat) Terusan, Beluran, Kuamut, Paitan, Telupid, Tongod dan Pinangah (Zon II)

4.36 4.46 12.11 3.31 6.20 7.33

Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Lahad Datu dan Kunak (Zon III)

4.31 4.41 12.05 3.25 6.14 7.27

Tawau (Barat) Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan (Zon IV)

4.35 4.45 12.08 3.29 6.16 7.29

Kudat, Kota Marudu, Pitas, Pulau Banggi (Zon V)

4.34 4.44 12.11 3.30 6.22 7.36

Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau (Zon VIII)

4.39 4.49 12.13 3.34 6.23 7.36

Tenom, Long Pasia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang (Zon IX)

4.42 4.52 12.16 3.36 6.25 7.38 menjadi faktor pelindung kepada belia-belia berisiko,” katanya.

Menurutnya, program itu bertujuan meningkatk­an kesedaran dan komitmen seluruh masyarakat untuk bersama-sama kerajaan dalam menangani permasalah­an dadah khususnya di Sabah.

Beliau berkata kerajaan negeri memandang serius usaha membangunk­an modal insan di negeri ini, seiring dengan komitmen pembanguna­n modal insan sebagai salah satu agenda Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Katanya, modal insan adalah aset penting dalam membina masa depan negara, namun masalah berkaitan penyalahgu­naan dadah sering dikaitkan dengan pembabitan orang muda dan belia.

“Situasi seperti ini perlu ditangani kerana anak muda adalah modal insan yang penting untuk memimpin negeri ini pada masa hadapan. “Justeru, adalah penting untuk memastikan anak-anak muda kita kompeten, berinovasi, berdaya tahan dan berintegri­ti,” katanya.

Jelasnya, bagi memastikan golongan belia terpelihar­a daripada ancaman dadah dan pelenconga­n sosial, beberapa usaha telah digariskan seperti Program Perintis Muda di bawah MBS Katanya, ia bertujuan pembanguna­n bakat dan potensi belia serta pembanguna­n keusahawan­an dalam kalangan belia berisiko.

“Inisiatif ini secara tidak langsung dapat membantu golongan belia terpinggir dan berisiko kembali berfungsi dalam komuniti.

“Saya juga melihat inisiatif AADK dan MBS menjayakan Kelompok Sokongan Kepulihan Keluarga, amat baik,” katanya.

Terdahulu, majlis pecah tanah bagi tapak Projek Pembinaan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Tawau yang terletak di Batu 36 di sini.

Mengenai majlis itu Hajiji berkata, penubuhan PUSPEN di Tawau adalah usaha untuk menyediaka­n kemudahan dan akses program rawatan dan pemulihan berkaitan dengan dadah kepada mereka yang memerlukan.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam usaha ini.

Cadangan pembinaan sebuah PUSPEN baharu di negeri ini telah bermula sejak 2019 lagi dan akhirnya ia menjadi kenyataan apabila berjaya diwartakan tahun lalu.

“Memandangk­an kemudahan ini hanya ada di Papar sahaja, justeru perjalanan antara pantai barat dan pantai timur negeri ini agak mengambil masa.

“Dengan adanya kemudahan ini, ia memudahkan mereka yang berada di sekitar pantai timur untuk mendapatka­n akses rawatan dan pemulihan yang menyeluruh seperti ditawarkan di PUSPEN Papar,” katanya.

 ?? ?? RASMI: Tawau.
Shahelmey (tiga kanan) mewakili Hajiji merasmikan Program AADK Bersama Masyarakat Pperingkat Negeri Sabah di
RASMI: Tawau. Shahelmey (tiga kanan) mewakili Hajiji merasmikan Program AADK Bersama Masyarakat Pperingkat Negeri Sabah di
 ?? ??
 ?? ?? KUNJUNGAN:KetuaMente­ri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor (kiri) menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (kanan) di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya Kota Kinabalu semalam. Dzulkefly diiringi oleh Setiausaha Politiknya, Mohammad Faisal Ismail dan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr. Asits Sanna. Dzulkefly berada di Sabah bagi menyempurn­akan Majlis Perasmian Sambutan Hari Malaria,Tibi dan Kusta Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di Universiti Sabah Malaysia (UMS).
KUNJUNGAN:KetuaMente­ri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor (kiri) menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (kanan) di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya Kota Kinabalu semalam. Dzulkefly diiringi oleh Setiausaha Politiknya, Mohammad Faisal Ismail dan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr. Asits Sanna. Dzulkefly berada di Sabah bagi menyempurn­akan Majlis Perasmian Sambutan Hari Malaria,Tibi dan Kusta Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di Universiti Sabah Malaysia (UMS).
 ?? — Gambar UKAS ?? USUNG: Keranda mendiang Senator Datuk Mutang Tagal tiba di LTM jam 10.40 pagi semalam, diusung sepasukan pegawai polis untuk dibawa ke Gereja BEM di Miri bagi upacara penghormat­an terakhir.
— Gambar UKAS USUNG: Keranda mendiang Senator Datuk Mutang Tagal tiba di LTM jam 10.40 pagi semalam, diusung sepasukan pegawai polis untuk dibawa ke Gereja BEM di Miri bagi upacara penghormat­an terakhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia