Utusan Borneo (Sabah)

Tiga termasuk bayi maut kemalangan di Jalan Semporna-Tawau

- Oleh Hamzah Sanudin

SEMPORNA: Dua wanita dan bayi perempuan berusia sembilan bulan maut dalam kemalangan membabitka­n dua kenderaan di Kilometer 35, Jalan Semporna-Tawau, di sini, semalam.

Dalam kejadian 4.50 petang itu, mangsa berusia 66 dan 24 tahun bersama bayi terbabit disahkan meninggal dunia di Hospital Semporna.

Ketua Polis Daerah Semporna Superinten­dan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, semua mangsa bersama tiga lagi keluargany­a dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Semporna.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta mangsa yang dipandu lelaki berusia 31 tahun itu hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentang­an dan bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) dari arah Semporna.

“Semua mangsa dikeluarka­n dari kereta oleh pasukan bomba dari Balai

Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna serta orang awam,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Beliau berkata, pemandu bersama lima penumpang yang mengalami kecederaan parah itu dibawa ke Wad Kecemasan Hospital Semporna oleh ambulans.

Namun katanya, tiga daripada mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Semporna, manakala pemandu dan dua lagi kanak-kanak berusia 7 dan 10 tahun cedera parah.

“Pemandu kenderaan MPV berusia 46 tahun serta dua penumpang warga China masing-masing berusia 24 tahun pula hanya mengalami cedera ringan sahaja,” katanya.

Farhan berkata, pemandu kenderaan MPV terbabit dibawa ke trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ?? ?? MAUT: Kereta yang dinaiki mangsa terbabas dan bertembung dengan sebuah lagi kereta.
MAUT: Kereta yang dinaiki mangsa terbabas dan bertembung dengan sebuah lagi kereta.
 ?? ?? KETIBAAN: Ewon disambut meriah ketika tiba di majlis itu.
KETIBAAN: Ewon disambut meriah ketika tiba di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia