Utusan Borneo (Sabah)

Ketua, ahli pertubuhan haram ditahan

- Oleh Hamzah Sanudin

KOTA KINABALU: Ketua pertubuhan haram bergelar ‘Ayahanda’ bersama 14 pengikutny­a ditahan menerusi Op Cantas (Gengsteris­me) di kawasan gerai menjual burger di Inanam Point, Jalan Tuaran, di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.10 malam itu, semua suspek lelaki berusia 22 hingga 49 tahun ditahan sepasukan polis Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dengan dibantu anggota Balai Polis Inanam

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Azmi Abd Rahim berkata, hasil pemeriksaa­n mendapati mereka mendakwa ahli Pertubuhan Amal Nusantara Bersatu Sabah (ANB).

“Semakan dengan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia (JPPM) mendapati logo yang digunakan oleh pertubuhan itu adalah tidak berdaftar.

“Selain itu, ada unsurunsur kumpulan Double 7 yang diwartakan sebagai pertubuhan haram pada 2013,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Azmi berkata, operasi itu turut menahan seorang lelaki yang dipercayai sebagai ketua pertubuhan ANB Bersatu di Sabah dengan gelaran ‘Ayah Abu

Nilam Bersatu’.

“Dalam operasi itu, sepucuk senjata api mainan menyerupai pistol C15, sebilah pisau pemotong daging berserta sarung, sebilah samurai turut dirampas.

“Selain itu, rampasan membabitka­n 20 keping pelekat tertera logo kumpulan, kad ahli, 12 telefon bimbit dan empat kereta pelbagai jenis tertera sticker pertubuhan ANB dan kumpulan Double 7,” katanya.

Menurutnya, siasatan juga mendapati pertubuhan berkenaan kini mempunyai seramai 100 ahli di sekitar bandar raya ini, Kota Belud, Ranau, Semporna dan Sandakan.

“Tangkapan serta rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen

 ?? ?? TANGKAP: Ketua dan ahli kumpulan haram yang ditahan dalam operasi Op Cantas berkenaan.
TANGKAP: Ketua dan ahli kumpulan haram yang ditahan dalam operasi Op Cantas berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia