Utusan Borneo (Sarawak)

Perlu lebih bertanggun­gjawab sebar maklumat

Pengguna Internet perlu memasti, mengesah sumber yang diterima sebelum menyebarny­a: Lawrence

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Pengguna Internet terutama pelayar laman sosial, laman bual sosial atau digelar ‘netizen’ (masyarakat Internet) diminta supaya lebih bertanggun­gjawab dalam menyebar bahan maklumat, gambar dan sebagainya di laman sosial.

Datuk Bandar Miri Lawrence Lai, berkata, mereka perlu memasti dan mengesah lebih tepat sumber yang diterima sebelum menyebarny­a.

Jelasnya, dibimbangi bahan disebar tidak tepat atau tiada kaitan dengan masyarakat serta perkara berlaku di negeri ini.

“Sebagai contoh, baru-baru ini ketika Miri dilanda ribut kencang menyebabka­n banyak pokok tercabut dan hartabenda rosak. Pada masa sama kita menerima gambar adanya pokok tumbang menimpa sebuah kereta, lalu menggesa pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) melakukan sesuatu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang media di sini semalam selepas merasmi pembukaan kedai Digi Telecommun­ication Sdn Bhd (Digi) yang terletak di Marina Square Fasa 1, di Jalan Temenggong Datuk Oyong Lawai Jau.

Katanya, susulan dakwan itu, MBM turun padang mencari lokasi kejadian tetapi tidak ditemui.

“Apabila disiasat, kejadian dipapar dalam gambar tersebut berlaku di Alor Setar, Kedah dan bukannya di Miri,” jelas Lai.

Perkara seperti katanya adalah salah satu contoh sikap tidak bertanggun­gjawab dengan menyebar perkara tidak tepat hingga menyusah pihak lain.

“Kemudahan Internet serba pantas seperti sekarang ini dan kita wajar bersikap bertanggun­gjawab. Sahkan dahulu sumber dan bahan

Kemudahan Internet serba pantas seperti sekarang ini dan kita wajar bersikap bertanggun­gjawab. Sahkan dahulu sumber dan bahan sebelum

” menyebarka­nnya kepada pihak lain. Lawrence Lai Datuk Bandar Miri

sebelum menyebarka­nnya kepada pihak lain.

“Sahkan juga sumber anda dan lokasi sebelum anda membabi- buta menggesa orang lain untuk bertanggun­gjawab,” jelasnya.

Menurut Lai masyarakat hari ini bertuah kerana melalui penyediaan perkhidmat­an telekomuni­kasi serba canggih, masing-masing mampunyai kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat masing-masing.

“Justeru hargailah kebebasan tersebut dan bukan menyalahgu­nakannya,” ujar Lai.

Mengenai pembukaan premis Digi atau Digi Store baharu dan keempat di Sarawak itu, Lai berterima kasih kepada Digi kerana memberi kemudahan liputan Internet dan komunikasi kepada penduduk di sini di samping memberi makna cukup baik kerana tarikhnya, 22 Julai serentak dengan sambutan Hari Kemerderka­an Sarawak Ke-52.

Malah katanya, Digi membawa masuk kemudahan Internet terpantas, Evolusi Jangka Panjang - Generasi Keempat (4G LTE) ke Miri, yang bukan sahaja meningkatk­an kemudahan prasara telekomuni­kasi di Miri malah membantu menepati keperluan teknologi komunikasi maklumat (ICT) penduduk di sini dengan produk dan perkhidmat­an terkini serta terbaharu.

“Pada saya, tindakan Digi mahu melabur di Miri ini menunjuk Miri mempunyai potensi sebagai salah satu pasaran besar untuk syarikat telekomuni­kasi seperti mereka,” tambahnya lagi.

Hadir sama pada sidang media tersebut dan majlis pembukaan rasmi Digi Store di Miri semalam ialah Ketua Wilayah Sarawak, Benny Wee.

 ??  ?? RASMI: Lai (tiga kiri) dan Benny (dua kiri) bersama-sama mengguntin­g reben sebagai simbolik pembukaan rasmi Digi Store di Miri semalam.
RASMI: Lai (tiga kiri) dan Benny (dua kiri) bersama-sama mengguntin­g reben sebagai simbolik pembukaan rasmi Digi Store di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia