Utusan Borneo (Sarawak)

Guru SMART kritikal akibat kemalangan, meninggal dunia

-

KUANTAN: Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (SMART) di sini, Che Nor Hasanah Che Kamarudin yang kritikal dalam kemalangan pagi kelmarin, disahkan meninggal dunia malam kelmarin di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang Superinten­dan Zainalabid­in Othman berkata Che Nor Hasanah, 29, meninggal dunia pada jam 12.20 tengah malam kelmarin, akibat kecederaan parah di kepala.

Wanita itu dikejarkan ke HTAA pada jam 11 pagi semalam, selepas kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger yang dipandu suaminya Mohamad Afendy Abdul Aziz, 31, hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentang­an di jalan pintasan Kuantan, berhampira­n Chengal Lem- pung di sini, pada jam 10.15 pagi kelmarin.

K e m a l a n g a n t u r u t menyebabka­n anak bongsu pasangan itu, Muhammad Fateh, setahun tujuh bulan meninggal dunia manakala Mohamad Afendy dan anak sulungnya Affah Huraiyah, 2, serta pemandu kereta Vios yang berada di jalan bertentang­an Cheng Shuh Yien, 27, cedera.

Sementara itu, adik kepada Mohamad Afendy, Abdul Muiz, 30, ketika dihubungi semalam, berkata jenazah Che Nor Hasanah selamat dikebumika­n di tanah perkuburan FELDA Cerul, Kemaman, Terengganu pada jam 11.30 pagi semalam, berdekatan kubur Muhammad Fateh.

“Abang juga sempat melihat isterinya buat kali terakhir selepas merayu kepada pihak hospital agar diberikan pelepasan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia