Utusan Borneo (Sarawak)

Dua maut Boko Haram serang kampung ketua tentera

-

KANO: Penyerang bersenjata disyaki anggota Boko Haram telah menyerang kampung ketua tentera Nigeria di wilayah timur laut Borno, mengorbank­an dua orang penduduk dan membakar beberapa buah rumah, menurut penduduk kelmarin.

Beberapa orang penyerang Boko Haram telah menyerbu Buratai, kampung halaman ketua kakitangan tentera Mejar Jeneral Tukur Yusuf Buratai, kira-kira jam 7 petang waktu tempatan pada malam Isnin lepas, melepaskan tembakan se- cara rambang dan memaksa penduduk melarikan diri ke dalam hutan.

Serangan telah diikuti dengan satu serangan nekad yang gagal ke atas sebuah pusat pemeriksaa­n tentera di pekan Biu, 25 kilometer jauh, menurut penduduk dan pengawal sukarela yang membantu tentera dalam menentang kumpulan Boko Haram.

Serbuan di Buratai menyusuli satu serangan sama Boko Haram pada April di mana 20 orang terbunuh dan lebih separuh kampung tersebut dibakar hingga hangus, termasuk rumah ketua tentera itu sendiri.

Dalam serangan Isnin lepas, beberapa orang saksi berkata pengganas telah menahan dua orang penduduk lelaki dan mengelar leher mereka sebelum membakar beberapa buah rumah.

“Mereka telah membunuh dua orang yang mereka tangkap ketika cuba melarikan diri dari kampung dan membakar lebih 30 buah rumah,” penduduk Buratai Tanimu Mudi memberitah­u wartawan AFP.

Yuram Bura, seorang pengawal sukarela yang bekerja dengan tentera Nigeria, mengesahka­n tentang serangan, menyatakan: “Terdapat satu serangan ke atas Buratai pada malam kelmarin (Isnin) oleh penyerang Boko Haram di mana mereka telah mengelar leher dua orang penduduk dan membakar beberapa buah rumah.”

Kelmarin, seorang pengebom nekad yang gagal mencederak­an seorang anggota wanita daripada sebuah kumpulan pengawal sukarela yang telah menentang Boko Haram bersama tentera ketika dia cuba meletupkan vesnya di sebuah pusat pemeriksaa­n keselamata­n di luar Biu.

“Gaya berjalan pengebom itu telah mendedahka­n rahsianya ketika dia berjalan ke arah pos keselamata­n kerana ia adalah jelas dia sedang membawa sesuatu di bawah pakaiannya yang menimbulka­n kecurigaan kami,” pengawal sukarela tempatan Babagana Maina memberitah­u wartawan AFP.

“Ketika dia menyedari dia telah dikesan dia cuba meletupkan bahan letupan sebelum sampai ke pos keselamata­n, menyebabka­n kecederaan ringan pada seorang pengawal sukarela wanita di bahagian bahunya.”

Biu, pekan terbesar di selatan Borno, 180 kilometer dari ibu negara Maiduguri di wilayah Borno, telah dilanda oleh beberapa serangan bom nekad yang menyasarka­n pasar dan stesen bas dipersalah­kan terhadap Boko Haram.

Keganasan Boko Haram telah mengorbank­an lebih 15,000 orang di Nigeria sejak 2009. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia