Utusan Borneo (Sarawak)

Najib lancar ekspedisi rentas Kutub Selatan

- — Bernama

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini melancarka­n ekspedisi merentasi Kutub Selatan yang akan dijayakan atlet sukan lasak dualton dan triatlon negara Shahrom Abdullah menggunaka­n ski dalam percubaann­ya menjelajah sejauh 1,000 kilometer.

Shahrom, 36, akan memulakan ekspedisi itu pada 17 Nov depan dari titik permulaan Messner dan berakhir di titik kosong darjah Kutub Selatan, yang dijangka mengambil masa 50 hari hingga 60 hari. Najib semasa melancarka­n ekspedisi merentasi Kutub Selatan ‘All The Way 2015’ anjuran Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) itu di sini berkata sebagai seorang yang pernah menjejaki kutub itu, beliau sedia maklum tentang keadaan cuaca di kawasan tersebut yang bakal dihadapi Shahrom.

“Saya tidak dapat bayangkan suasana dan keadaan yang sangat mencabar lagi dingin yang bakal dilalui Shahrom, apatah lagi Shahrom perlu membawa sendiri makanan, ubat-ubatan dan peralatan khemah untuk ekspedisi ini,” katanya. Menyedari cuaca ekstrem yang bakal dilalui Shahrom, Perdana Menteri menasihati atlet berkenaan agar menjalani latihan secukupnya kerana perlu berjalan selama kira-kira dua bulan di atas pulau dilitupi ais.

“Penjelajah­an ini tidak boleh dipandang enteng kerana bantuan kecemasan sukar didapati, tiada penduduk kecuali penguin dan pasukan penyelidik antarabang­sa, itu pun di tempat-tempat tertentu,” katanya.

Perdana Menteri turut berseloroh apabila menyaranka­n Shahrom membawa makanan tempatan termasuk makanan popular Kelantan iaitu budu bagi menguji makanan rakyat negara ini dalam cuaca melampau semasa ekspe

disi.

Beliau berkata kerajaan juga sedia membantu sebanyak mungkin kos bagi ekspedisi itu dan pada yang masa sama berharap lebih banyak syarikat serta orang perseorang­an tampil memberi bantuan untuk memastikan ia berjaya.

Najib turut melahirkan rasa bangga kerana Shahrom yang bakal melakar sejarah berasal dari FELDA Chiku Gua Musang serta berharap lebih banyak lagi anak FELDA akan mengikut jejaknya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berharap lebih ramai anak muda termasuk golongan wanita menyahut cabaran menyertai ekspedisi ekstrem yang belum pernah dilakukan rakyat Malaysia.

Antaranya berenang merentasi

Selat Bering, mendaki Gunung Everest melalui dua laluan berbeza iaitu Tibet dan Nepal secara serentak oleh dua pendaki dan menjelajah kutub utara, katanya.

Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia telah melakar pencapaian memberangs­angkan dalam beberapa ekspedisi ekstrem antaranya mendaki Gunung Everest, berenang merentasi Selat Inggeris selain menjelajah Greenland.

“Saya juga ikuti rapat ekspedisi Muhamad Muqarabbin Mokhtarrud­din atau Qobin pada 2007 yang menjelajah dunia dengan menggunaka­n basikal dan motosikal di 22 negara,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? KEBANGGAAN MALAYSIA: Najib bersama dengan peserta Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Selatan 2015-2016, Shahrom pada pelancaran ekspedisi itu di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya baru-baru ini. Turut hadir Penasihat Kehormat KE7B Datuk Akmar Hisham...
— Gambar Bernama KEBANGGAAN MALAYSIA: Najib bersama dengan peserta Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Selatan 2015-2016, Shahrom pada pelancaran ekspedisi itu di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya baru-baru ini. Turut hadir Penasihat Kehormat KE7B Datuk Akmar Hisham...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia