Utusan Borneo (Sarawak)

Stacy bakal beraksi di MTV World Stage 2015

-

Stacy atau nama baharunya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 25, bakal menjadi artis pembuka untuk MTV World Stage 2015 yang akan berlangsun­g di Sunway Lagoon, Bandar Sunway pada 12 September ini.

Selepas undian peminat selama dua minggu di laman sosial, penyanyi pemenang anugerah Stacy dipilih daripada 28 artis tempatan untuk menjadi #MostWanted Act dari Malaysia yang akan membuat persembaha­n sebagai artis pembuka di pentas MTV World Stage Malaysia 2015.

“Saya merasa sangat teruja dengan peluang yang amat besar ini di pentas MTV. Terima kasih MTV dan kepada peminat saya yang telah mengundi saya sebagai #MostWanted Act di Malaysia. Saya akan membuatkan anda bangga! Jadi

mari bersama saya di MTV World Stage Malaysia 2015,” kata Stacy.

Turut diumumkan adalah tiga individu bertuah daripada 600 penyertaan yang bakal mendapat latihan di bawah MTV Breaks yang dijanakan oleh Xpax iaitu Farah Firzanah Muhamad Murshid (Content Creator), Tan Han Hui (Motion Graphics Designer), dan Aizat Ady Ikram Abdull Ropha (Photograph­er).

Acara berprestij itu juga bakal menampilka­n penyanyi Jason Derulo dari Amerika Syarikat (AS), Carly Rae Jepsen (Kanada), Apink (Korea Selatan) dan Sekai No Owari (Jepun). Dirakamkan secara langsung untuk siaran televisyen global, acara yang diadakan hanya satu malam dan menampilka­n bakat-bakat pelbagai genre itu merupakan acara muzik yang ditunggutu­nggu di Asia Tenggara.

Terdahulu pada 24 Ogos lepas, Stacy dengan rasminya memeluk agama Islam selepas mengucap dua kalimah syahadah di pejabat Agama Islam Johor Baharu dengan disaksikan oleh kedua-dua ibu dan bapanya serta ibu bapa penyanyi Akim Ahmad yang merupakan kekasihnya.

Walaupun enggan mengulas apabila ditanya siapa yang mencadangk­an nama baharunya Ummu Shaikhah Stacy Anam, Stacy menegaskan yang dia masih mahu dikenali sebagai Stacy sepanjang bergelar penyanyi.

Stacy memulakan kerjaya nyanyianny­a pada usia 16 tahun dengan menyanyi di kelab-kelab malam bagi membantu keluargany­a. Dia kemudianny­a mencuba nasib menyertai beberapa pertanding­an realiti nyanyian namun hanya mula dikenali selepas memenangi musim keenam Akademi Fantasia pada tahun 2008.

Album sulungnya, ‘Aku Stacy’ dikeluarka­n pada Mac 2009 dan sejak itu, penyanyi berusia 25 tahun dari Kota Kinabalu ini tidak lagi menoleh ke belakang dan telah mengeluark­an dua lagi album iaitu ‘StayC’ dan ‘Stacy #1’ masingmasi­ng pada tahun 2011 dan 2014 di bawah Warner Music Malaysia.

Album ketiganya turut dipasarkan ke Singapura, Indonesia dan Brunei.

Membuktika­n populariti­nya sepanjang tujuh tahun yang lepas, Stacy telah memenangi lebih dari 12 anugerah termasuk dua anugerah di Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Kulit Album Terbaik di AIM tahun lepas.

 ??  ??
 ?? — Gambar Astro ?? BERTENAGA: Gambar fail menunjukka­n Stacy menghiburk­an para peminatnya semasa majlis pelancaran album ‘Stacy #1’ di KL Zouk, Kuala Lumpur pada 17 Mei 2014. Nantikan satu lagi persembaha­n bertenaga daripada Stacy di MTV World Stage 2015 pada 12 September...
— Gambar Astro BERTENAGA: Gambar fail menunjukka­n Stacy menghiburk­an para peminatnya semasa majlis pelancaran album ‘Stacy #1’ di KL Zouk, Kuala Lumpur pada 17 Mei 2014. Nantikan satu lagi persembaha­n bertenaga daripada Stacy di MTV World Stage 2015 pada 12 September...
 ?? — Gambar Astro ?? #MOSTWANTED ACT: Stacy semasa sidang media di Pejabat Astro, Bukit Jalil pada minggu lepas. Stacy bakal menjadi artis pembuka untuk MTV World Stage 2015 yang akan berlangsun­g di Sunway Lagoon pada 12 September ini.
— Gambar Astro #MOSTWANTED ACT: Stacy semasa sidang media di Pejabat Astro, Bukit Jalil pada minggu lepas. Stacy bakal menjadi artis pembuka untuk MTV World Stage 2015 yang akan berlangsun­g di Sunway Lagoon pada 12 September ini.
 ??  ?? STACY: #MostWanted Act di Malaysia.
STACY: #MostWanted Act di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia