Utusan Borneo (Sarawak)

Emas pertama Brazil dalam bola sepak Olimpik

Neymar menjaringk­an gol kemenangan melalui sepakan penalti dengan keputusan 5-4 ke atas Jerman

-

RIO DE JANEIRO: Neymar menjaringk­an penalti kemenangan untuk membantu Brazil merangkul pingat emas bola sepak Olimpik pertama mereka dengan kejayaan ke atas Jerman dalam penentuan tendangan penalti di stadium Maracana di Rio pada awal pagi semalam.

Kemenangan 5- 4 dalam penentuan tendangan penalti itu membalas dendam bagi kekalahan 7- 1 yang memalukan kepada Jerman pada peringkat separuh akhir Piala Dunia dua t a h u n lalu.

P i n - gat emas O l i m p i k merupakan satu- satunya kejuaraan penting yang sebelum ini gagal dimenangi Brazil, juara dunia sebanyak lima kali, dalam sejarah mereka.

Namun bintang Barcelona Neymar memperbetu­lkan sejarah apabila dia merembat tendangan penalti kemenangan ke sudut atas gawang sebelum dia mula menangis.

Di hadapan penonton terbesar di temasya Sukan di Rio, termasuk pemenang sembilan pingat emas dari Jamaica, Usain Bolt, tendan- gan percuma Neymar yang cantik meletakkan Brazil di hadapan pada separuh masa pertama. Sebagai penghormat­an kepada legenda pecut yang akan bersara itu, Neymar malah meraikan jaringan dengan aksi “pana- han petir” manakala laungan “ole, ole, ole, Neymar” bergema di sekeliling arena paling ikonik di Rio.

Bagaimanap­un kapten Jerman Max Meyer menikmati perayaan tersendiri yang istimewa apabila dia mencemuh 70,000 penonton yang hirukpikuk di stadium Maracana dengan mencium nombor tujuh pada jersinya selepas dia menolak masuk bola hantaran lintang Jeremy Toljan sejurus sebelum minit ke-60.

Kesemua lapan tendangan penalti pertama dalam pe

nentuan berjaya d i - laksanakan sebelum penjaga gol Brazil Weverton menghalang cubaan Nils Petersen untuk menyediaka­n pentas bagi Neymar. Dia tidak mengecewak­an apabila, dengan beban negara di atas bahunya, dia merembat bola ke sudut atas gawang. Berlainan sekali daripada tempat duduk yang umumnya kosong di temasya Sukan itu, termasuk kadang-kadang ketika Bolt berlari, tiada tempat duduk yang kosong di Maracana – di mana Jerman memenangi Piala Dunia ketika menentang Lionel Messi dan Argentina dua tahun lalu. Bagaima n a p u n Brazil mahu membalas dendam bagi Pemain Brazil meraikan kejayaan rakan sepasukan mereka Neymar selepas menjaringk­an gol kemenangan melalui penentuan sepakan penalti. Brazil menang dengan 5-4. kekalahan besar 7- 1 lima hari sebelum itu di Belo Horizonte.

Tidak ada seorang pun pemain yang turun ke padang pada hari itu memulakan perlawanan pada awal pagi semalam.

Neymar tidak terlibat pada hari paling gelap dalam sejarah bola sepak Brazil kerana mengalami keretakan dua tulang belakangny­a dalam kemenangan ke atas Colombia yang kasar pada peringkat suku akhir.

Namun nasib baik yang tidak ada pada Brazil di tanah air sendiri dua tahun lalu ternyata ada bersama mereka pada separuh masa pertama apabila Jerman ketinggala­n pada waktu rehat.

Cubaan Julian Brandt yang cantik melantun masuk dari palang gol manakala cubaan Sven Bender turut terkenal tiang gol dari jarak dekat.

Neymar membuka jaringan dengan bantuan palang gol menerusi cubaannya yang cantik dari jarak 25 ela untuk gol ketiganya di kejohanan ini.

Weverton menyelamat­kan cubaan cantik dari Meyer dan pemain pertahanan Paris Saint-Germain Marquinhos bernasib baik apabila bola yang cuba dikeluarka­nnya terbang beberapa inci di atas palang gol sendiri.

Bagaimanap­un Weverton ditewaskan buat pertama kali dalam pertanding­an ini sejurus sebelum minit ke60 apabila Meyer menolak masuk bola hantaran rendah Toljan.

Brazil meningkatk­an tekanan dalam masa setengah jam terakhir apabila Gabriel Jesus menolak bola hantaran lintang Renato Augusto yang berbahaya tetapi tersasar, pemain gantian Felipe Anderson gagal melakukan tendangan yang kemas, dan cubaan Neymar dari jarak jauh tersasar sipi dari sasaran.

Pasukan tuan rumah juga memperoleh­i peluang yang lebih baik dalam masa tambahan apabila Luan berjaya meloloskan diri tetapi melihat rembatanny­a dihalang sebelum Anderson dinafikan dalam situasi satu-lawan-satu dengan Horn.

Nasib baik anak buah Rogerio Micale jauh lebih tajam dari petak penalti apabila Augusto, Marquinhos, Rafinha dan Luan semua menyempurn­akan tendangan untuk memberi peluang kepada Neymar untuk memenuhi reputasiny­a sebagai budak poster bagi pasukan tuan rumah untuk temasya Sukan ini. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERSYUKUR: Neymar meraikan gol jaringanny­a pada aksi bola sepak akhir di antara Brazil dan Jerman di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, Brazil. KEBANGGAAN BRAZIL:
— Gambar AFP BERSYUKUR: Neymar meraikan gol jaringanny­a pada aksi bola sepak akhir di antara Brazil dan Jerman di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, Brazil. KEBANGGAAN BRAZIL:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia