Utusan Borneo (Sarawak)

Masih banyak kawasan luar bandar tidak terima pembanguna­n

-

KUCHING: Masih banyak kawasan di luar bandar termasuk di Katibas, Song tidak menerima pembanguna­n walaupun di bawah wakil rakyat Barisan Nasional (BN), dakwa Ketua DAP Katibas Paren Nyawi.

Menurutnya bukan sahaja pembanguna­n yang tidak sampai bahkan banyak juga projek yang dilaksanak­an sebelum ini terbengkal­ai.

“Ia termasuk pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Song 2, Stesen Pertanian Nanga Engkuah dan masalah bekalan air terawat di pekan Song yang tidak berkesudah­an sehingga kini.

“Selain itu jalan Temalan di Song ke Nanga Ngemah (Kanowit) masih terputus sehingga kini dan dari segi kemudahan kesihatan yang kekurangan sehingga ada kes kecemasan perlu dirujuk ke Hospital Kapit atau Hospital Sibu,” katanya melalui aplikasi WhatsApp kepada Utusan Borneo di sini, kelmarin.

Paren yang juga pembantu khas Ahli Parlimen Sibu mendakwa, walaupun sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas BN Negeri telah memperuntu­kkan projek kecil luar bandar (MRP) tetapi kini wakil rakyatnya masih bergerak aktif menyerahka­n geran kepada pertubuhan di kawasan Parlimen berkaitan.

Dakwa beliau, ia sama seperti ‘sagu hati untuk pengundi’ sebelum pilihan raya untuk memancing pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Namun realitinya kawasan berkenaan dan Kapit masih lagi kawasan luar bandar yang diabaikan dan memerlukan pembanguna­n.

“Ini kerana kawasan terbabit masih agak mundur dari sudut pembanguna­n sosioekono­mi walaupun mempunyai banyak sumber perkayuan,” katanya. JULAU: Seramai 131 peserta daripada 14 sekolah menyertai Perkhemaha­n Skim Lencana Pengakap Daerah Julau di Sekolah Kebangsaan Nanga Babai, Julau baru-baru ini.

Perkhemaha­n selama tiga hari dua malam itu dikendali sembilan jurulatih diket- uai Anthony Sintau dari Simunjan.

Antara aktiviti sepanjang perkhemaha­n termasuk ujian bertulis lencana keahlian, kembara rimba, masakan ala rimba dan aktiviti stesen seperti berbasikal, laungan agung, pandu arah dan demo masakan ala rimba.

Majlis perasmian penutupan dilakukan Ketua Unit Pengurusan Sekolah Juti Ranti mewakili pegawai pendidikan daerah Julau.

Dalam ucapan ringkasnya, Juti berharap peserta berkongsi pengalaman dipe- roleh semasa perkhemaha­n dengan pengakap lain di sekolah yang tidak dapat menyertai perkhemaha­n tersebut.

Beliau juga memberitah­u, pengalaman diperolehi amat berguna dalam membina karier dan jati diri selain memu- puk semangat sukarela dan toleransi antara satu sama lain.

Hadir sama ialah Pesuruhjay­a Pengakap Kawasan Tengah Sarawak Ingai Achot, Pesuruhjay­a Pengakap Daerah Julau Thaddues Liyam Chabo serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia