Utusan Borneo (Sarawak)

2 MAUT, 3 CEDERA KERETA TERBABAS

-

MIRI: Dua penumpang wanita maut manakala seorang penumpang lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka hilang kawalan ketika melalui selekoh Jalan Pujut Padang Kerbau di sini sebelum terbabas lalu melanggar pokok.

Dalam kejadian jam 11.55 malam kelmarin, pemandu kenderaan, Fary Florey Nyamar dan seorang lagi penumpang wanita, Jeanthya Sujan, 18, hanya mengalami kecederaan.

Menurut laporan polis, semua mangsa yang berbangsa Iban dengan alamat kediaman di Brunei menaiki kenderaan jenis Lexus Harrier dengan plat pendaftara­n Brunei Darussalam, BAQ 4xxx.

Kemalangan berpunca daripada kereta dipandu laju dari arah bulatan Pujut Corner menuju ke Jalan Bypass Miri lalu hilang kawalan semasa melalui selekoh Jalan Padang Kerbau sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok di kiri bahu jalan.

Kedua-dua penumpang wanita duduk di belakang dikenali Christina Nuyah Mangka, 26, dan Patricia Sujan, 22, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Seorang lagi mangsa, lelaki yang juga penumpang kenderaan itu, Alister Hong, 19, mengalami cedera parah.

Pemandu serta dua penumpang mengalami kecederaan dikejarkan ke Hospital Miri untuk menerima rawatan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak DSP Alexson Naga dalam kenyataann­ya semalam mengesahka­n kejadian itu dan kes kini masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ?? MALANG: Keadaan kenderaan terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar pokok mengakibat­kan dua maut, dua cedera dan seorang lagi penumpangn­ya cedera parah.
MALANG: Keadaan kenderaan terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar pokok mengakibat­kan dua maut, dua cedera dan seorang lagi penumpangn­ya cedera parah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia