Utusan Borneo (Sarawak)

JAMBATAN DIBUKA

Pengguna diminta maklumkan JKR Sarawak sekiranya terdapat keperluan penambahba­ikan Jambatan Batang Sadong.

- Oleh Rusnan Mustafa

SADONG JAYA: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof meminta pengguna Jambatan Batang Sadong yang baharu dibuka mulai semalam memberi maklum balas kepada kementeria­n melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak sekiranya terdapat keperluan penambahba­ikan jambatan tersebut.

Menurutnya, maklum balas daripada pengguna penting dalam membantu memantau keadaan jambatan sepanjang 1.48 kilometer yang menelan kos sebanyak RM211,385,628.60 itu dari semasa ke semasa.

“Kebiasaann­ya kita akan memantau selama dua bulan dan dari situ nanti kita akan dapat maklum balas daripada pengguna, kalau ada perlu penambahba­ikan kita akan buat dan sekiranya tidak ia terus dibuka untuk kegunaan orang awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Praperasmi­an Jambatan Batang Sadong yang merupakan jambatan terpanjang pertama merentasi sungai di Malaysia di pekarangan jambatan itu di sini semalam.

Mengulas lanjut mengenai jambatan itu, Fadillah berkata, pihaknya telah dimaklumka­n bahawa audit teknikal sudah mengesahka­n bahawa Jambatan Batang Sadong selamat dan boleh dibuka kepada orang ramai.

Malah, beliau memberitah­u bahawa selepas mengadakan tinjauan di jambatan berkenaan mendapati terdapat keperluan untuk penambahba­ikan di tempat lorong pejalan kaki.

“Bila kita berjalan ada perkara-perkara kecil yang kita perlu tambah baik yang boleh mendedahka­n khususnya risiko kepada orang berjalan kaki.

“Yang mana kita perlu tambah baik ada beberapa perkara yang telah kita tegur tadi dan untuk itu saya hendak berterima kasih kepada JKR Sarawak yang menjadi agensi teknikal memantau projek ini,” tambahnya.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya memberitah­u, Jambatan Batang Sadong dijangka akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

“Jambatan ini sebahagian daripada aku janji Perdana Menteri dengan sokongan Ketua Menteri atas permintaan pemimpin masyar- akat kita dari peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta pemimpin masyarakat setempat.

“Maka, jambatan ini dilaksanak­an dan sebab itu kita mahu memberi penghormat­an kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri sendiri untuk merasmikan, kita berharap kita akan tetapkan tarikh ini nanti,” katanya.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo, ADUN Simunjan Awla Dris, ADUN Lingga Simoi Peri,Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak Zuraimi Sabki dan Residen Samarahan Abdul Rahman Sebli Senusi.

Kebiasaann­ya kita akan memantau selama dua bulan dan dari situ nanti kita akan dapat maklum balas daripada pengguna, kalau ada perlu penambahba­ikan kita akan buat dan sekiranya tidak ia terus dibuka untuk kegunaan orang awam. Datuk Seri Fadillah Yusof Menteri Kerja Raya

Sementara itu, menurut Temenggung Chek Bujang, Jambatan Batang Sadong merupakan impian penduduk khususnya di kawasan Sadong Jaya, Simunjan dan Sebuyau.

“Ia sangat istimewa untuk kami penduduk di sini kerana banyak membantu memudahkan lagi sistem perhubunga­n dari segi menjimatka­n masa daripada menggunaka­n perkhidmat­an feri.

“Inilah yang kita amat nanti-nantikan dan akhirnya tercapai jua. Kami sangat gembira,” ujarnya.

 ??  ??
 ??  ?? TERIMA KASIH: isteri, Monica. Tuai Rumah Budin (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Penguang serta
TERIMA KASIH: isteri, Monica. Tuai Rumah Budin (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Penguang serta
 ??  ?? CHEK BUJANG
CHEK BUJANG
 ??  ?? TINJAU: Fadillah ditemani Nancy, Aidel, Awla dan Simoi meninjau keadaan Jambatan Batang Sadong yang mula dibuka kepada orang ramai semalam.
TINJAU: Fadillah ditemani Nancy, Aidel, Awla dan Simoi meninjau keadaan Jambatan Batang Sadong yang mula dibuka kepada orang ramai semalam.
 ??  ?? TAHNIAH: Adenan menerima Darjah Gemilang Seri Melaka daripada Tun Mohd Khalil.
TAHNIAH: Adenan menerima Darjah Gemilang Seri Melaka daripada Tun Mohd Khalil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia