Utusan Borneo (Sarawak)

MEMPROMOSI­KAN SUKAN LASAK

Lokasi penganjura­n Kejohanan Triathlon Sarawak akan terus kekal di Miri, kata Azman

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Lokasi penganjura­n Kejohanan Triathlon Sarawak akan dikekalkan di Miri selaras dengan komitmen kerajaan tempatan dan agensi- agensi berkaitan dalam mempromosi­kan sukan lasak itu di bandar raya peranginan Miri.

Presiden Persatuan Triathlon Antarabang­sa Sarawak (SITA), Datuk Dr Azman Samaon berkata setakat ini tiada cadangan untuk mencari lokasi baharu bagi menganjurk­an kejohanan bertaraf antarabang­sa itu.

“Sarawak menganjurk­an kejohanan triathlon selama 18 tahun dan menjadi gelanggang keramat kejohanan ini memandangk­an Miri sendiri sangat strategik dan dikenali seluruh dunia sebagai bandar raya pelanconga­n,” katanya selepas merasmikan penutupan dan penyampaia­n hadiah Kejohanan Sprint Triathlon Antarabang­sa Sarawak 2016 di sini semalam.

Azman berkata, meskipun jumlah peserta berkuranga­n pada kejohanan kali ini ekoran pertindiha­n kejohanan lain di Kuching dan beberapa negeri lain di Semenanjun­g Malaysia namun penganjura­nnya disifatkan berjaya.

“Kita berharap jumlah peserta pada kejohanan akan datang bertambah pada masa sama kita juga mencari tarikh sesuai agar tidak bertindih dengan kejohanan triahtlon lain,” jelasnya.

Beliau berkata, meskipun acara renang dibatalkan atas sebab keselamata­n dan nasihat pihak berkuasa namun penyertaan atlet-atlet dari negara luar pada kali ini tidak mengecewak­an.

“Bagaimanap­un, kita berjaya menganjurk­an acara berbasikal dan larian dan disertai kira-kira 40 orang peserta dari Kanada, Australia, United Kingdom, Malaysia dan beberapa buah negara lain,” katanya.

Pihaknya juga akan menambah baik mutu kejohanan termasuk jarak larian selaras dengan standard jarak Olimpik sebenar serta kemudahan lain.

“Kita tidak pernah gagal menganjurk­an kejohanan ini dan ia adalah hasil kerjasama semua pihak sama ada Majlis Bandaraya Miri (MBM), Majlis Sukan Negara (MSN), SITA dan beberapa lagi agensi lain di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, bagi kategori wanita terbuka 39 tahun ke bawah juara milik Rachel Scott ( Britain) sementara Wong Qi Ying dan Michelle Hung Chieng masing-masing dari Malaysia menduduki tempat kedua dan ketiga.

Kategori wanita veteran 40 tahun ke atas menyaksika­n Celine Petrissans dari Perancis muncul juara sementara peserta Malaysia, Hii Yieng Nyuk naib juara.

Bagi kategori lelaki 40 tahun ke atas, juara milik Fabrice Pettissans (Perancis) sementara Ezamshah Abdul Rahman dan Anslem Tan masing-masing mewakili Malaysia naib juara dan tempat ketiga.

Kategori lelaki terbuka 39 tahun ke bawah menyaksika­n juara milik Peter Watson (United Kingdom), Darron Chin (Malaysia) naib juara dan James John Scott (Britain) tempat ketiga.

Hadir sama Timbalan Presiden SITA, Francis Nyurang Ding dan wakil Residen Bahagian Miri, Majenah Lass.

Sarawak menganjurk­an kejohanan triathlon selama 18 tahun dan menjadi gelanggang keramat kejohanan ini memandangk­an Miri sendiri sangat strategik dan dikenali seluruh dunia sebagai bandar raya pelanconga­n. Datuk Dr Azman Samaon Presiden Persatuan Triathlon Antarabang­sa Sarawak

 ??  ??
 ??  ?? PEMENANG: Azman (tujuh kiri) dan tetamu lain bersama pemenang Kejohanan Sprint Triathlon Antarabang­sa Sarawak 2016 di Miri semalam.
PEMENANG: Azman (tujuh kiri) dan tetamu lain bersama pemenang Kejohanan Sprint Triathlon Antarabang­sa Sarawak 2016 di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia