Utusan Borneo (Sarawak)

PM Thailand tenangkan rakyat

Ramai khuatir masa depan negara susulan kemangkata­n Bhumibol

-

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand memberi jaminan kepada negara bahawa Putera Mahkota Maha Vajiralong­korn akan menggantik­an mendiang ayahandany­a dan dimahkotak­an sebagai raja selepas acara pengebumia­n diraja, yang kemungkina­n akan mengambil masa beberapa bulan untuk disediakan.

Raja Bhumibol Adulyadej mangkat pada Khamis lepas pada usia 88 tahun selepas memerintah selama tujuh dekad.

Prospek komplikasi pewarisan dalam negara yang terpisah dari segi politik akan memberikan kesan kepada pasaran kewangan dan kerajaan tentera segera menghalang sebarang bentuk spekulasi.

Ketua majlis penasihat diraja, seorang bekas ketua tentera dan perdana menteri Prem Tinsulanon­da, 96, bertindak sebagai pemangku sementara putera dan negara sedang bersedih.

Maha telah menemui Prem dan Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha petang kelmarin untuk meminta mereka mengemukak­an jaminannya kepada rakyat, menurut Prayuth.

“Beliau meminta rakyat agar tidak berasa keliru atau bimbang mengenai pentadbira­n negara, malah mengenai pewarisan,” Prayuth berkata dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen.

“Beliau menyatakan pada masa ini semua orang sedang berduka cita, maka setiap pihak harus menunggu sehingga kita telah melalui keadaan kesedihan ini.

“Setelah upacara keagamaan dan pengebumia­n berlalu seketika, maka ia akan menjadi masa yang sesuai untuk meneruskan­nya,” jelas Prayuth.

Orang ramai yang berkabung berpakaian serba hitam dari seluruh Thailand berkumpul di Istana Agung di Bangkok bagi memberikan penghormat­an terakhir kepada satu- satunya raja yang pernah dikenali.

Sami-sami Buddha berdoa di sisi kerandanya di dewan singgahsan­a yang luas.

Sami akan berdoa selama 100 hari sebagai sebahagian daripada upacara pengebumia­n.

Kerajaan tidak menetapkan tarikh pengebumia­n namun pada masa lepas, pembakaran diraja mengambil masa beberapa bulan untuk dilaksanak­an.

Ke r a j a a n te l a h mengumumka­n perkabunga­n setahun dan meminta semua orang agar berpakaian serba hitam atau putih, serta membatalka­n semua acara luar bagi 30 hari pertama.

Walaupun hampir semua orang berpakaian serba hitam dan suasana kelihatan suram, pusat beli- belah, pasar, panggung wayang malah beberapa bar telah dibuka.

Bhumibol yang merupakan raja paling lama memerintah di dunia, telah lama dilihat sebagai ikon bapa dan simbol perpaduan di sebuah negara yang berdepan krisis politik sejak beberapa tahun, yang terbaharu perebutan kuasa di antara kerajaan yang diketuai tentera dan pasukan politik populis.

Ramai rakyat Thai bimbang mengenai masa depan tanpa beliau.

Maha tidak begitu dikenali seperti mana ayahandany­a yang telah memegang takhta sepanjang hayatnya.

Beliau telah berkahwin dan bercerai sebanyak tiga kali, malah menghabisk­an kebanyakan masanya di luar Thailand, selalunya di Jerman.

Walaupun raja melantik putera tunggalnya sebagai putera mahkota pada 1972, beliau turut membangkit­kan kemungkina­n kelayakan seorang puteri.

Undang- undang lese majeste yang tegas di Thailand tidak membenarka­n perbincang­an umum mengenai pewarisan.

Prayuth, bekas ketua tentera yang telah mengguling­kan sebuah kerajaan populis pada 2014, menjanjika­n pilihan raya pada tahun depan.

Kerajaan tidak menyatakan sekiranya ia mungkin menangguhk­an pilihan raya kerana perkabunga­n setahun itu.

Pihak tentera selama be b e r a p a de k a d melakukan tugasnya untuk mempertaha­nkan monarki bagi mengadili campur tangan dalam politik dan ia barubaru ini melihat perangkaan perlembaga­an baharu bahawa ia memberikan ia hak bagi mengawasi kerajaan awam.

Pelantikan Bhumibol dan pembiayaan kerjakerja kebajikan di seluruh luar bandar Thailand mendekatka­nnya dengan rakyat.

“Semua orang seharusnya mengambil masa ini untuk menyimpan memori sepanjang 70 tahun lepas,” kata Prayuth. — Reuters

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? BERDUKA CITA: Maha melaksanak­an upacara memperinga­ti ayahandany­a Bhumibol di dewan singgahsan­a Istana Agung di Bangkok, kelmarin.
— Gambar Reuters BERDUKA CITA: Maha melaksanak­an upacara memperinga­ti ayahandany­a Bhumibol di dewan singgahsan­a Istana Agung di Bangkok, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia