Utusan Borneo (Sarawak)

Pencetus Ummah kembali dengan musim keempat pada 27 Okt ini

-

realiti Islamik yang telah berjaya mencetuska­n fenomenany­a tersendiri di Malaysia, Pencetus Ummah akan kembali menemui peminat mulai 27 Oktober ini.

Pencetus Ummah musim ini menampilka­n tema ‘Penyatuan’ bagi memberi peluang kepada para peserta program berusaha menggunaka­n pelbagai platfom yang ada untuk membawa mesej Islam dalam dakwah untuk menyatukan umat Islam di mana sahaja mereka berada.

Memasuki musim keempat pada tahun ini, program yang bakal bersiaran secara langsung selama tujuh minggu ini akan menampilka­n sedikit kelainan dari segi format rancangan bagi meningkatk­an kualiti persembaha­n serta keberkesan­an penyampaia­n para peserta untuk disajikan kepada para penonton.

Pencetus Ummah musim ini buat julungjulu­ng kalinya bakal memperkena­lkan segmen perbahasan, di mana dua peserta dengan markah terendah setiap episod akan berdebat serta menyuaraka­n pandangan masing-masing.

Segmen perbahasan ini bakal memperliha­t kebijaksan­aan para peserta melontarka­n idea dalam berdiskusi mengenai sesuatu isu.

Kesediaan menerima pendapat orang lain serta berdebat secara berhemah membantu mengangkat konsep dakwah yang satu kepada sekalian umat sekaligus memberi fokus kepada bakat pengucapan awam serta pengisian peserta dalam menyampaik­an dakwah.

Musim kali ini juga bakal memperliha­tkan keupayaan peserta menjawab persoalan yang diberikan menerusi segmen ‘Soal dan Jawab’ di mana pihak produksi Pencetus Ummah akan memberi lebih penekanan kepada pengisian kandungan untuk segmen ini.

Selain itu, juri jemputan juga akan diberi peluang untuk menyampaik­an tazkirah masing-masing dalam cara yang tersendiri, bagi memberi lebih banyak peluang untuk peserta menimba ilmu dan mempelajar­i pelbagai teknik dan cara dakwah yang pelbagai.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Ahmad Fuad Mat Ali berkata, “Tidak dinafikan, program Pencetus Ummah telah memberi impak yang besar kepada dunia dakwah tanah air menerusi elemen penyatuan ummah dan penyebaran ilmu yang menjadi tunjang utama program ini.”

“Selama tiga musim, Pencetus Ummah telah pun melahirkan ramai pendakwah yang dilihat menjadi pelapis yang bagus dalam menyuburka­n syiar dakwah Islamiah tanah air.

“Lihat sahajalah para peserta Pencetus Ummah musim-musim terdahulu seperti PU Azman, PU Hafiz, PU Yeop, PU Syed dan ramai lagi yang tidak lekang memenuhi jemputan ceramah daripada pelbagai pihak dari badan-badan korporat sehingga ke pihak sekolah.

“Menjadikan Rasulullah SAW selaku suri tauladan, tentunya musim kali ini menjanjika­n barisan peserta yang lebih baik untuk meneruskan perjuangan Baginda Muhammad SAW,” jelas Ahmad Fuad lagi.

Sesi uji bakat untuk rancangan ini telah diadakan di empat lokasi berbeza di seluruh tanah air sekitar Ogos yang lalu di mana pihak produksi telah berjaya menemukan sembilan orang peserta Pencetus Ummah 2016.

Para peserta diperlukan untuk menyuntik nilainilai akhlak yang terpuji dalam setiap penyampaia­n mereka bersesuaia­n dengan topik mingguan yang diberikan.

Rancangan yang memberi 70 peratus kuasa pemarkahan kepada para juri dan 30 peratus kepada penonton menerusi undian atas talian, Facebook ini akan menyaksika­n penyingkir­an peserta dengan markah terendah berlaku pada setiap akhir rancangan.

Bekas peserta Pencetus Ummah sendiri, PU Azman dan hos popular, Faizal Ismail (FBI) dipertangg­ungjawabka­n untuk menggalas tugas sebagai Pengacara Mimbar Pencetus Ummah. Penceramah terkenal, Dato’ Ustaz Badli Shah Alauddin akan menggalas tugas sebagai Mudir manakala pelakon terkenal tanahair, Fauziah Nawi akan bertindak selaku Guru Persembaha­n. Pendakwah terkemuka, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali dengan nama Dr. Maza pula dipilih menjadi juri tetap di samping bekas penyampai radio serta pengacara popular, Fara Fauzana.

Pelakon jelita, Anis Al Idrus pula akan mengemudi program ‘Serambi Pencetus Ummah’ yang bakal memaparkan aktiviti serta proses pembelajar­an yang dilalui para peserta sepanjang mereka berada di Pencetus Ummah.

Juara Pencetus Ummah musim keempat bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah trofi. Manakala pemenang tempat kedua, akan membawa pulang wang tunai RM30,000 berserta trofi dan tempat ketiga dan keempat masing-masing akan meraih wang tunai RM20,000 dan RM10,000 berserta trofi setiap seorang.

Pencetus Ummah musim keempat ini ditaja oleh Kopi Pak Belalang sebagai penaja utama manakala Serai Emas selaku penaja bersama. Selain itu, musim kali ini turut mendapat kerjasama Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta radio SINAR fm, THR Gegar, RAKU dan Majalah I selaku rakan dakwah.

Kolej Universiti Islam Antarabang­sa Selangor (KUIS) sekali lagi bertindak sebagai penaja lokasi bagi empat musim Pencetus Ummah berturut-turut.

Portal MySalamMus­lim pula dipilih menjadi portal rasmi program Pencetus Ummah di mana penonton dapat mengikuti perkembang­an serta pembelajar­an Islam dengan lebih lanjut menerusi portal ini.

Program ‘CHILLEX’ bersama PU Taha (Pemenang Kedua PU 2015) yang berganding­an bersama Amin Idris akan disiarkan setiap hari Khamis, jam 6.00 petang di mana program yang akan bersiaran selama satu jam ini memberi peluang ummah Islam di luar sana terutamany­a generasi muda bertanyaka­n pelbagai persoalan mengenai agama Islam menerusi sesi ‘live chatting’ di laman Facebook rasmi MYSALAM MUSLIM.

Selain itu, ‘KOPI PANAS’ pula akan membawa penonton berdiskusi secara santai di mana program yang dikendalik­an juara PU 2014, PU Azman ini akan menampilka­n selebriti dan bloggers terkenal tanahair.

Segala aktiviti peserta-peserta PU tahun ini akan dirakamkan dalam program yang dinamakan ‘Geng PU’ yang mana akan disiarkan dalam laman sesawang ‘Mysalammus­lim’ dan juga dalam program sampingan di Astro Oasis iaitu Himpunan PU dan Saf PU.

Pencetus Ummah turut meneruskan pendekatan media sosial dengan pelbagai aplikasi menarik untuk mendekati penonton dan peminat secara lebih dekat dengan dakwah yang disampaika­n para peserta.

Perkembang­an terkini aktiviti para Pencetus Ummah boleh diikuti melalui Facebook: fan page rasmi Pencetus Ummah, akaun Twitter @ Pencetus_Ummah dan Instagram MySalamMus­lim. Tidak terbatas dengan itu, informasi, gambar dan menarik Pencetus Ummah juga boleh didapati melalui aplikasi ‘Salam Muslim’.

Jangan lupa untuk meyaksikan ‘Mimbar Pencetus Ummah 2016’ yang membawa nafas baru dalam dunia dakwah ini secara langsung mulai 27 Oktober 2015 (Khamis), jam 9.00 malam di Astro Oasis (saluran 106) serta tayangan serentak di Maya HD (saluran 135).

 ??  ??
 ??  ?? FAIZAL ISMAIL
FAIZAL ISMAIL
 ??  ?? AHMAD FUAD MAT ALI (Pengurus Saluran Astro Oasis)
AHMAD FUAD MAT ALI (Pengurus Saluran Astro Oasis)
 ??  ?? FARA FAUZANA
FARA FAUZANA
 ??  ?? ANIS AL IDRUS
ANIS AL IDRUS
 ??  ?? KEMBALI LAGI: Para peserta Pencetus Ummah 4.
KEMBALI LAGI: Para peserta Pencetus Ummah 4.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia