Utusan Borneo (Sarawak)

Alternatif dapat kuasa terhakis

Ahli Parlimen S’wak mungkin cadang pindaan kembalikan satu fasal dalam Perlembaga­an Persekutua­n

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Ahli Parlimen Sarawak mungkin akan mencadangk­an pindaan di Parlimen bagi mengembali­kan satu fasal dalam Perlembaga­an Persekutua­n sebagai cara untuk negeri ini mendapatka­n semula kuasa yang terhakis selama ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata sebelum pindaan dibuat pada 1976, Sarawak dan Sabah dikategori­kan berbeza daripada negeri-negeri Semenanjun­g Malaysia dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

“Sebelum itu ( pindaan 1976), dikatakan Malaysia seharusnya terdiri daripada (A) Negeri-Negeri Malaysia Barat, (B) Sarawak dan Sabah dan (C) Singapura.

“Sudah tentu Singapura tidak ada lagilah. Jadi sekarang tinggal hanya satu kategori,” katanya kepada pemberita selepas menyempurn­akan Majlis Penutupan Seminar Sejarah Sarawak di sini semalam.

Ditanya sama ada Sarawak dan Sabah dianggap rakan Malaysia sebelum pindaan dilakukan pada 1976, Adenan menjelaska­n: “Maksud saya, itulah ertinya. Anda lihat, ia adalah kategori yang berbeza.”

Bagaimanap­un beliau menegaskan bahawa ‘rakan kongsi’ itu adalah mutlak dalam Perjanjian Malaysia 1963, perjanjian antara Malaya, Sabah (Borneo Utara), Sarawak dan Singapura termasuk United Kingdom (UK).

“Apabila anda sebahagian daripada perjanjian itu maka (hak) anda adalah sama.

“Jika perlu Ahli Parlimen akan mencadangk­an pindaan khusus ke atas fasal Perlembaga­an Persekutua­n itu,” ujarnya sambil menambah, kerajaan negeri akan membincang­kan perkara itu dengan kerajaan pusat.

Diminta mengulas lanjut mengenai perkara itu Adenan berkata perkara dimaksudka­n beliau ialah kembali kepada Laporan Jawatankua­sa Antara Kerajaan (IGC), Perjanjian Malaysia dan Akta Malaysia yang asal.

“Perkara lain yang perlu diingat ialah Perjanjian Malaysia tidak boleh diubah atau dipinda, walaupun den- gan meminda Perlembaga­an Persekutua­n.

“Ini kerana perjanjian itu adalah satu perjanjian antarabang­sa yang didaftar dengan Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu ( PBB) ,” tegasnya.

Adenan turut mendedahka­n bahawa Malaysia telah melanggar undang-undang antarabang­sa sebanyak dua kali kerana tidak mematuhi Perjanjian Malaysia yang ditandatan­gani pada 1963.

“Ini tidak bermakna Sarawak akan keluar dari Malaysia. Tidak… kita hanya mahu mendapatka­n semula hak-hak kita seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia pada 1963.

“Jadi sejak itu, hak dan kuasa itu semakin terhakis dan kita mahukan ia semula. Jangan kata saya mahu Sarawak keluar Malaysia, tiada kaitan langsung,” katanya.

Tambah Adenan lagi, kerajaan persekutua­n telah menunjukka­n simpati dan ingin mengetahui­nya dengan lebih lanjut.

Menyentuh mengenai pembentuka­n Malaysia, Adenan berkata Sarawak ketika itu di bawah ancaman komunis dari Indonesia dikenali PKI pada tahun 1962-1963.

“Sarawak juga berdepan ancaman daripada Komunis Malaya yang ketika itu sangat agresif, mereka mahu mengambil alih dan menubuhkan Komunis Malaya, Singapura pula di ambang mengambil alih Barisan Sosialis.

“Oleh itu, kita (Sarawak)

Sebelum itu (pindaan 1976), dikatakan Malaysia seharusnya terdiri daripada (A) Negeri-Negeri Malaysia Barat, (B) Sarawak dan Sabah dan (C) Singapura. Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem Ketua Menteri

berdepan saat amat sukar ketika itu dan kita terpaksa membuat keputusan kerana kita tidak mampu bertahan sendiri. Ketika itu kita hanya ada satu pasukan (tentera),” jelasnya.

Adenan turut diminta mengulas cadangan seorang ahli akademik yang membentang­kan kertas kerja pada seminar berkenaan iaitu ‘ mereka yang tidak suka apa yang sedang berlaku di Malaysia boleh meninggalk­an negara ini’.

“Ia tidak semudah itu. Banyak perkara terlibat, tidak semudah itu,” tegasnya.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Sarawak Datu Putit Matzen, ADUN Jamoreng Datuk Juanda Jaya dan ADUN Demak Laut Dr Hazland Hipni.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia