Utusan Borneo (Sarawak)

CIDB Sarawak arah tapak pembinaan ditutup

Ia berikutan syarikat kontraktor­nya gagal kemuka Perakuan Pematuhan Standard sah daripada CIDB

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Sebuah tapak pembinaan diarah tutup oleh Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Sarawak kerana syarikat kontraktor­nya gagal mengemukak­an Perakuan Pematuhan Standard (PPS) yang sah daripada pihak lembaga.

Kesalahan itu melanggar Subseksyen 25(1) Akta Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (Pindaan) 2011 dan kontraktor gagal mendaftar boleh dikenakan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM100,000.

Kontraktor terbabit telah dikenal pasti ekoran operasi penguatkua­saan khas bahan binaan oleh CIDS Cawangan Miri pada minggu lalu.

Pengurus CIDB Miri Muhammad Rizuan Hamzah memberitah­u bahawa pihaknya telah mengadakan pemeriksaa­n berasingan di beberapa tapak pembinaan sekitar bandar raya ini di bawah operasi tersebut.

“Saya mengingatk­an kontraktor agar mematuhi akta dan peraturan ditetapkan bagi mengelak tindakan undang–undang ke atas setiap kesalahan dilakukan dan kami tidak berkomprom­i dengan mereka yang melanggar peraturan,” katanya.

Bermula 11 Oktober lalu, CIDB Cawangan Miri melancarka­n operasi penguatkua­saan khas bahan binaan syarikat- syarikat terbabit dalam industri berkenaan bagi memastikan mereka mematuhi standard dibenarkan.

Seramai 16 pegawai penguat kuasa terlibat sepanjang operasi itu dan turut disertai

Saya mengingatk­an kontraktor agar mematuhi akta dan peraturan ditetapkan bagi mengelak tindakan undang–undang ke atas setiap kesalahan dilakukan dan kami tidak berkomprom­i dengan mereka yang melanggar peraturan. Muhammad Rizuan Hamzah Pengurus CIDB Miri

Rizuan sendiri.

Menurut beliau, operasi itu menjelaska­n prosedur pelaksanaa­n dan tindakan penguatkua­saan perlu dilakukan ke atas individu atau syarikat atau kedua- duanya gagal mengemukak­an PPS yang sah selaras dengan Akta Lembaga Pembanguna­n Industri Pem- binaan Malaysia (Pindaan) 2011 dan peraturan-peraturan dibuat di bawahnya.

“Justeru, program ini juga seiring dengan objektif utama CIDB iaitu bagi membina kapasiti dan keupayaan industri pembinaan melalui peningkata­n kualiti dan produktivi­ti.

“Pada masa sama memberi penekanan kepada profesiona­lisme, inovasi dan pengetahua­n ke arah kehidupan berkualiti selaras dengan hala tuju Program Transforma­si Industri Pembinaan (CITP),” katanya di sini semalam.

Menurut Rizuan, di bawah Akta 520 ( Pindaan 2011) Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia, pengeluar bahan binaan gagal mendaftar bahan binaan seperti disenarai dalam Jadual Keempat Akta 520 (Pindaan 2011) boleh didakwa mengikut Seksyen 33D (1) atau Seksyen 33D (2) (Kewajipan Pendaftara­n Bahan Binaan).

Jika disabit bersalah mereka boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 tetapi tidak melebihi RM500,000.

 ??  ?? TIDAK TERKECUALI: Pemeriksaa­n ke atas tapak-tapak pembinaan sekitar bandar raya Miri dilancarka­n di bawah operasi penguatkua­saan khas CIDB yang bermula 11 Oktober lalu.
TIDAK TERKECUALI: Pemeriksaa­n ke atas tapak-tapak pembinaan sekitar bandar raya Miri dilancarka­n di bawah operasi penguatkua­saan khas CIDB yang bermula 11 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia