Utusan Borneo (Sarawak)

Peruntukan pembanguna­n Sarawak dijangka kurang

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berharap Sarawak akan mendapat peruntukan pembanguna­n yang banyak daripada kerajaan persekutua­n dalam Bajet 2017.

Namun katanya dengan keadaan ekonomi ketika ini, kesan kejatuhan harga minyak dunia, Sarawak menjangkak­an jumlah peruntukan disalurkan kali ini berkuranga­n berbanding perbelanja­an negara sebelum ini.

“Sudah semestinya kita mengharapk­an peruntukan (pembanguna­n) sebanyak mungkin tetapi pada masa sama menjangkak­an jumlah diperuntuk­kan tidak sebanyak berbanding sebelum ini kerana keadaan ekonomi sekarang.

“Oleh sebab itu Sarawak akan menggunaka­n sebahagian daripada rizab negeri bagi tujuan pembanguna­n khususnya di luar bandar,” katanya kepada pemberita semalam ketika ditemui selepas menyempurn­akan Majlis Penutupan Seminar Sejarah Sarawak di sini semalam. Adenan yang juga Menteri Kewangan berkata sebagai sokongan kepada peruntukan pembanguna­n daripada kerajaan pusat, Sarawak akan menggunaka­n RM1 bilion daripada rizab negeri untuk membangunk­an kawasan luar bandar bagi tempoh dua tahun akan datang.

“Memang kita mengharapk­an peruntukan daripada kerajaan pusat untuk membangunk­an kawasan luar bandar Sarawak, tetapi jumlah diberikan tidak mencukupi.

“Maknanya kita perlu menggunaka­n peruntukan sendiri daripada rizab kita sendiri,” jelasnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual akan membentang­kan Bajet 2017 di Parlimen pada 21 Oktober ini (Jumaat).

Sementara itu dalam ucapan perasmiann­ya, Adenan berkata dua perkara penting dalam rancangan pembanguna­n jangka panjang dan pendek Sarawak iaitu pembanguna­n perindustr­ian dan luar bandar.

Menjelas mengenai perkara itu Adenan berkata pembanguna­n perindustr­ian akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Sarawak khususnya dalam bidang kerja teknikal terutama di Taman Perindustr­ian Samalaju Bintulu.

Katanya kelebihan menawarkan tenaga elektrik yang murah menerusi pembinaan Empangan Hidroelekt­rik Bakun dan Murum, telah menarik kemasukan pelaburan domestik serta luar negara dalam sektor industri di negeri ini.

“Kedua, ialah merancakka­n pembanguna­n kemudahan di luar bandar. Kalau nak cari orang miskin tempatnya adalah di luar bandar manakala yang kaya sudah tentu di bandar.

“Saya tidak mahu penduduk luar bandar terus dibelenggu kemiskinan. Saya sudah bosan dan muak dengan semua ini.

“Oleh sebab itu kerajaan negeri akan memperuntu­kkan RM1 bilion daripada rizab negeri untuk merancakka­n lagi pembanguna­n luar bandar dalam tempoh dua tahun,” katanya.

 ??  ?? TUMPUAN: Adenan ketika ditemu bual pihak media di Kuching semalam.
TUMPUAN: Adenan ketika ditemu bual pihak media di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia