Utusan Borneo (Sarawak)

Pastikan anak tidak terjebak dengan dadah

Apa juga perkara baik tidak akan beri makna jika sesuatu kawasan dibelenggu penyalahgu­naan dadah

- Oleh Siti Aisyah Ramli

Bayangkan jika kawasan kita yang juga menjadi kawasan tarikan pelancong, tetapi ia telah menjadi kawasan hitam akibat masalah dadah, jangankan pelancong asing, penduduk tempatan juga tidak akan berani menjejak kaki ke kawasan kita.

KUCHING: Apa juga perkara baik termasuk pembanguna­n yang dibawa kerajaan tidak akan memberi makna jika sesuatu kawasan itu masih dibelenggu masalah penyalahgu­naan dadah.

Menyuaraka­n perkara itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg selain itu berkata, masyarakat juga sedar sekiranya dadah telah menguasai kawasan tempat tinggal mereka, bermakna keselamata­n seluruh kawasan itu sudah terjejas.

“Bayangkan jika kawasan kita yang juga menjadi kawasan tarikan pelancong, tetapi ia telah menjadi kawasan hitam akibat masalah dadah, jangankan pelancong asing, penduduk tempatan juga tidak akan berani menjejak kaki ke kawasan kita.

“Oleh itu, saya ingin tegaskan dan ingatkan ibu bapa khasnya agar terus memainkan peranan dalam memastikan anak-anak tidak terjebak dengan masalah tidak sihat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah ketika merasmikan sambutan My Kempen # PerangiDad­ahHabisHab­isan # Kebersihan­DanKeselam­atanSungai di Pangkalan Kampung Lintang, di sini semalam.

Katanya yang juga merupakan Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, usaha memerangi dadah dan menjaga keselamata­n kampung adalah tanggungja­wab bersama antara pelbagai pihak termasuk agensi dan penduduk kampung itu sendiri.

Dalam pada itu, Fatimah turut menambah, kementeria­nnya sangat menyokong sebarang aktiviti yang dijalankan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan yang memberi fokus terhadap pencegahan, rawatan dan penguatkua­saan terhadap masalah penyalahgu­naan dadah.

Katanya statistik telah merekodkan kadar peratusan tinggi melibatkan masalah rumah tangga yang berpunca daripada suami yang terlibat jenayah dadah sehingga menjadikan isteri sebagai mangsa keganasan rumah tangga.

“Walaupun kementeria­n tidak bertanggun­gjawab akan masalah dadah, namun kita bertanggun­gjawab ke atas wanita, kesejahter­aan keluarga, kebajikan wanita dan kanak-kanak.

“Justeru, jauhi dadah, sayangi isteri dan anak-anak anda demi kesejahter­aan keluarga sepanjang masa,” jelasnya.

Turut hadir Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Telekomuni­kasi) Dr Abdul Rahman Junaidi, ADUN Batu Kitang Lo Khere Chiang dan Timbalan Ketua Pengarah AADK Datuk Jabidah Monseri.

Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? SIMBOLIK: Fatimah (tengah) selesai mengibar bendera Perangi Dadah Habis-Habisan di Pangkalan Kampung Lintang, Kuching, semalam sebagai penyempurn­aan simbolik perasmian My Kempen #PerangiDad­ahHabisHab­isan #Kebersihan­DanKeselam­atanSungai.
SIMBOLIK: Fatimah (tengah) selesai mengibar bendera Perangi Dadah Habis-Habisan di Pangkalan Kampung Lintang, Kuching, semalam sebagai penyempurn­aan simbolik perasmian My Kempen #PerangiDad­ahHabisHab­isan #Kebersihan­DanKeselam­atanSungai.
 ??  ?? HARAPAN: Ukin (dua kiri) dan Penguang (tiga kiri) menunjukka­n kaki palsu yang diterima sambil disaksikan yang lain.
HARAPAN: Ukin (dua kiri) dan Penguang (tiga kiri) menunjukka­n kaki palsu yang diterima sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia