Utusan Borneo (Sarawak)

MASISWA berpotensi menyumbang kepada pembanguna­n atlet negara

-

KUCHING: Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA) mempunyai potensi yang besar untuk menyumbang kepada pembanguna­n atlet negara, kata Presiden MASISWA Datuk Dr Kamal Nasharuddi­n Mustapha.

Menurut beliau, ini kerana MASISWA mempunyai jumlah pelajar yang besar dan IPT yang lebih banyak berbanding majlis sukan lain.

“MASISWA mempunyai 497 IPT berbanding Kolej Komuniti (80 IPT), Politeknik (32 IPT) dan MASUM (20 IPT),” katanya pada Majlis Penutupan Kejohanan Sukan MASISWA Zon Sarawak 2016 di Kampus Barat iCATS di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Eksekutif Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS) Hallman Sabri.

Justeru, Kamal berkata fokus utama MASISWA pada tahun depan ialah Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2017.

Katanya, ini kerana SIPMA merupakan perhimpuna­n atlet terbaik IPT yang melibatkan atlet-atlet bertaraf ke- bangsaan dan antarabang­sa.

“SIPMA merupakan platform terbaik atlet-atlet untuk mempamerka­n bakat mereka kerana pemenang sentiasa menerima ganjaran dan insentif menarik.

“Kementeria­n Pengajian Tinggi turut meletakkan pemenang pingat dalam acara ini sebagai asas pemilihan untuk mewakili negara serta pemberian biasiswa sukan,” katanya.

Kamal menambah, MASISWA turut memberi ganjaran RM1,000 kepada se- tiap pemenang pingat emas, RM500 perak dan RM300 gangsa.

Kejohanan Sukan MASISWA Zon Sarawak 2016 yang berlangsun­g pada 13 hingga 16 Oktober telah disertai seramai 694 atlet daripada 16 IPTS.

IPTS terlibat ialah i-CATS, Swinburne, Kolej SATT, UNITAR Sarawak, Curtin Univerity Kampus Sarawak, Kolej Sunway, Universiti Lim Kok Wing, Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS), Kolej Teknologi Sarawak, Kolej SEGi, UCSI University, i-System, Institut Teknologi Maklumat Nusantara, Kolej Metropolit­an Asia Kuching, Kolej Cosmopoint dan Kolej Eksekutif.

Acara sukan yang dipertandi­ngkan ialah futsal, bola jaring, bola tampar, badminton, tenpin boling, catur, bola keranjang, pingpong dan mountain bike.

Juara dirangkul oleh Swinburne manakala naib juara ialah Institut Teknologi Maklumat Nusantara dan ketiga disandang UCTS.

 ??  ?? TAHNIAH: Kamal menyampaik­an piala Kejohanan MASISWA Zon Sarawak kepada Chief De Mission Swinburne Wong Kien Kuok.
TAHNIAH: Kamal menyampaik­an piala Kejohanan MASISWA Zon Sarawak kepada Chief De Mission Swinburne Wong Kien Kuok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia