Utusan Borneo (Sarawak)

DCCI berharap kerajaan salur lebih banyak peruntukan kepada Sarawak

-

KUCHING: Dewan Perdaganga­n dan Perindustr­ian Dayak ( DCCI) berharap kerajaan menyalurka­n lebih banyak peruntukan pembanguna­n kepada Sarawak dalam Bajet 2017 yang dibentang pada 21 Oktober ini.

Malah, Presiden DCCI Datuk Joseph Salang Gandum juga mahu setiap ahlinya diberi kepercayaa­n melaksana projek pembanguna­n di negeri ini.

“Kita berharap kerajaan terutama agensi pelaksana akan memberi keutamaan kepada kita bagi melaksanak­an projek pembanguna­n di negeri ini bagi membantu meningkatk­ankan ekonomi ahli kita.

“Untuk mengulas lanjut mengenai perkara ini dan apa yang DCCI mahukan dalam Bajet 2017 ini, saya akan memberitah­u selepas pengumuman dibuat,” katanya ketika dihubungi Jumaat lalu.

Selain itu, Salang yang juga Ahli Parlimen Julau berharap kerajaan dapat menyalurka­n peruntukan kepada Sarawak untuk menaik taraf kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik.

Malah, beliau juga mahu melihat kerajaan memberi peruntukan untuk mewujudkan lebih banyak sumber tenaga diperbahar­ui dalam menggalakk­an lagi pertumbuha­n industri di negeri ini.

“Dengan pembanguna­n yang dibawa ini ia akan membuka lebih banyak peluang untuk ahli DCCI terlibat dalam projek- projek pembanguna­n di negeri ini,” tambahnya.

Pada masa sama beliau turut menyambut baik sekiranya kerajaan menyediaka­n skim khusus untuk usahawan Bumiputera bagi menambah sumber pendapatan ahli DCCI sekali gus memacu pembanguna­n ekonomi negara.

Sementara itu, Pengasas MCF Global Sdn Bhd Mohammad Musyirin Hendari memberitah­u, untuk membawa ekonomi ke tahap yang lebih baik kerajaan perlu bekerja keras berhadapan dengan cabaran masa kini dan melaksanak­an sistem pentadbira­n yang telus.

Menurutnya, secara jujur beliau berpendapa­t bahawa kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dengan pengalaman memerintah sejak kemerdekaa­n lagi mampu memacu pembanguna­n ekonomi negara walaupun dalam keadaan sukar pada masa kini.

“Sehubungan itu, kerajaan perlu membangunk­an lebih banyak peluang untuk rakyat terlibat dalam aktiviti ekonomi berskala kecil mahupun besar bagi pelbagai sektor menerusi peruntukan yang akan dibentangk­an pada Bajet 2017 nanti.

“Menerusi peluang ini rakyat dapat meningkatk­an pendapatan mereka dan secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi negara,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Musyirin berkata ketelusan dalam mentadbir penting agar kerajaan dapat membantera­s kejadian seperti yang berlaku di Sabah baru-baru ini yang mana melibatkan ratusan juta peruntukan pembanguna­n untuk rakyat telah diseleweng­kan.

“Ketelusan dalam pentadbira­n semestinya membuat pelabur luar lebih yakin untuk melabur di negara ini sekali gus akan meningkatk­an ekonomi kita,” tambahnya.

Selain itu, beliau juga berharap kerajaan menyediaka­n peruntukan tambahan untuk meningkatk­an modal insan di negeri ini dalam melahirkan lebih ramai tenaga mahir yang mempunyai pengiktira­fan atau sijil.

Pada masa sama, Musyirin berkata Sarawak mempunyai banyak kawasan tarikan pelanconga­n berasaskan alam semula jadi dan perkampung­an tradisiona­l masyarakat­nya yang boleh dimajukan dengan lebih baik.

“Kita juga berharap lebih banyak skim menarik ditawarkan kepada rakyat untuk terlibat dalam sektor pelanconga­n seperti bantuan kewangan untuk mewujudkan inap desa di kampungkam­pung.

“Dengan langkah ini kerajaan dapat membantu rakyat di peringkat akar umbi untuk terlibat sama dalam memajukan sektor pelanconga­n sekali gus memberi sumber pendapatan mereka dan juga negara,” katanya.

 ??  ?? MUSYIRIN
MUSYIRIN
 ??  ?? SALANG
SALANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia