Utusan Borneo (Sarawak)

Kakitangan RHB bawa keriangan kepada anak-anak kurang upaya

-

MIRI: Kakitangan RHB Cawangan Boulevard kelmarin membawa keriangan kepada anak-anak kurang upaya di Sunflower Center, Krokop di sini.

Sekumpulan kakitangan bank tersebut diketuai Pengurus Cawangan Eric Thian dan Pengurus Jualan Mariana Bohari disambut oleh Pengerusi Sunflower Liza Chai dan kakitangan pusat tersebut.

Anak-anak yang mengikuti jagaan di pusat itu turut dijamu makan tengah hari selain aktiviti pertanding­an mewarna.

“Lawatan kami ke sini bertujuan meningkatk­an kesedaran mengenai pelan simpanan dengan perlindung­an insurans untuk ibu bapa dan anak-anak.

“Selain itu, sudah tentu bertemu dan mengeratka­n hubungan dengan kanakkanak dan kakitangan di Sunflower,” katanya.

Turut diadakan sesi taklimat ringkas mengenai pelan simpanan oleh Mariana.

Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dan ahli jawatan kecil PBSM Miri Charles Soo turut meluangkan masa ber- sama kakitangan bank.

Sementara itu, Liza berterima kasih kepada kakitangan bank atas usaha untuk membawa kecerian kepada anak-anak di situ.

Pusat Sunflower merupakan pertubuhan bukan kerajaan di bawah kendalian PBSM Cawangan Miri ditubuhkan pada Mac 1982.

Ia menempatka­n kanakkanak dan remaja yang kurang upaya dari segi mental dan fizikal.

Pusat itu membantu golongan kurang upaya mengembang­kan potensi mereka melalui latihan dan aktiviti pembelajar­an agar menjadi individu yang dapat membantu diri sendiri dan masyarakat.

 ??  ?? PRIHATIN: Dr Chan (sembilan kiri, barisan tengah) Liza (sebelah kiri Dr Chan), kakitangan RHB dan Sunflower Centre bersama anak-anak pusat itu.
PRIHATIN: Dr Chan (sembilan kiri, barisan tengah) Liza (sebelah kiri Dr Chan), kakitangan RHB dan Sunflower Centre bersama anak-anak pusat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia