Utusan Borneo (Sarawak)

Perpaduan rakyat Sarawak sangat jelas, terbukti: Minos

Lebih 10,000 rakyat Sarawak dari pelbagai kaum menghadiri Lan Berambeh di PWTC malam Sabtu lepas

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak pelbagai kaum sangat jelas dan terbukti kukuh, kata Penganalis­is Politik Datuk Peter Minos.

“Saya melihat sendiri TYT ( Tun Pehin Abdul Taib Mahmud) dan Ketua Menteri ( Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem) bersama lebih 10,000 rakyat Sarawak dalam program Lan Berambeh di PWTC ( Pusat Dagangan Dunia Putra) KL malam Sabtu lepas sangat hebat.

“Suasana dihangatka­n lagi dengan ucapan bersemanga­t dan dendangan beberapa lagu oleh Ketua Menteri. Semangat Sarawak benarbenar hidup pada malam itu,” katanya.

Menurutnya bakat-bakat dan selebriti tempatan seperti atlet Olimpik Sarawak Pandelela Rinong dan Miss Talent World 2014 dan Miss Malaysia 2014 Devi Sareistra turut hadir, menjadikan majlis itu lebih bersifat santai dan hebat.

“Bayangkan pelajar Sarawak dan rakyat Sarawak dari seluruh negeri di Semenanjun­g Malaysia datang berkumpul tanpa mengira perbezaan kaum serta agama, bergembira bersama TYT, Ketua Menteri dan menterimen­teri Sarawak menikmati suasana meriah itu,” katanya.

Minos yang juga pengerusi Majlis Daerah Samarahan berkata semua pihak harus berterima kasih kepada Ketua Menteri kerana berjaya menyatukan rakyat Sarawak di luar Sarawak iaitu di Semenanjun­g Malaysia.

Ketua Menteri katanya, telah memberi ruang dan peluang kepada rakyat Sarawak di Semenanjun­g Malaysia menunjukka­n perpaduan serta saling menyayangi antara satu sama lain.

“Perpaduan dan rasa saling menyayangi itu sama seperti di Sarawak, perpaduan seperti itu pemacu untuk Sarawak terus maju pada masa akan datang.

“Bercakap secara terbuka dan terus terang mengenai hak-hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 serta melakukan perkara betul untuk rakyat Sarawak membuat kita di Sarawak berasa bangga dan gembira,” katanya.

Suasana dihangatka­n lagi dengan ucapan bersemanga­t dan dendangan beberapa lagu oleh Ketua Menteri. Semangat Sarawak benar-benar hidup pada malam itu. Datuk Peter Minos Penganalis­is Politik

Tambah Minos, perpaduan dimiliki rakyat Sarawak yang pelbagai kaum telah mewujudkan kestabilan dan kemakmuran Bumi Kenyalang.

“Tiada yang lebih penting daripada perpaduan rakyat Sarawak yang pelbagai kaum dan agama,” ujarnya.

 ??  ?? MINOS
MINOS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia