Utusan Borneo (Sarawak)

Kabong dipilih lokasi program 4U-Semarak Desa

-

KABONG: Pekan Kabong sekali lagi dipilih sebagai lokasi penganjura­n program Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) 4U-Semarak Desa yang bakal berlangsun­g selama tiga hari dua malam di Town Square, Kabong.

Penolong Pengarah Unit Pendidikan Kemahiran ( PKEM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sarawak Langie Liban berkata program itu termasuk forum perdana, karaoke, gubahan, kraf seni tangan, demonstras­i, autoshow mini, pameran dan jualan, sukaneka rakyat, tarik tali dan sebagainya.

Program anjuran Kemente- rian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) ini dilaksanak­an oleh KEMAS Sarawak dengan kerjasama Pejabat Daerah Kabong, menyasarka­n penglibata­n penduduk luar bandar sekitar Kabong.

Justeru, Langie berharap program itu dapat digunakan oleh penduduk Kabong mendalami pelbagai ilmu di samping menambah pendapatan keluarga.

“Adalah digalakkan penyertaan anak-anak muda lepasan sekolah supaya dapat menggunaka­n ruang dan peluang ini dengan sebaiknya menyertai kursus jangka pendek,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat di Pejabat Daerah Kabong di sini semalam.

Terdahulu, Pegawai Daerah Kabong Kamaluddin Alkap menyeru penduduk Kabong dan sekitarnya hadir menyemarak­kan program itu sambil meminta ketua masyarakat menghebahk­an program itu.

Hadir sama Penolong Pengarah KEMAS Sarawak Muhamad Azrul Aidi, Pegawai KEMAS Bahagian Betong Peggy Ann, Pegawai KEMAS Daerah Saratok Muhammad Iqbal Abdullah serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia