Utusan Borneo (Sarawak)

Dedah pengaruh negatif Internet, penyebaran maklumat tidak benar kepada pelajar: Dennis

-

MIRI: Pengaruh negatif Internet dan penyebaran maklumat tidak benar di media sosial harus didedahkan keburukann­ya kepada pelajar luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Telang Usan Dennis Ngau ( gambar) khuatir tanpa pendedahan luas tentang masalah itu, memerangka­p pelajar dalam berfikir dan hanya bergantung kepada maklumat diperolehi di Internet.

“Kita tiada pilihan lain dalam menyiapkan anak-anak berdepan dengan fenomena ini. Mereka mungkin tidak bersedia dengan era media sosial setelah terdedah apabila keluar dari luar bandar.

“Kita tidak mahu mereka terperangk­ap dalam dunia siber yang begitu menarik. Tanpa bimbingan, mereka boleh terjerat dan hilang daya berfikir,” katanya.

Dennis tidak mahu belia kita menjadi ‘hamba telefon pintar’ yang dianggap sebagai tidak sihat kerana bergantung sepenuhnya kepada maklumat Internet dan media sosial.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Sekolah Rendah (MSSR) Ke33 Zon Hulu Baram di SK St Pius Long San dekat sini semalam.

Sehubungan itu, sekolah dan guru di luar bandar memainkan peranan penting menyedarka­n pelajar tentang isu tersebut selain membantu melahirkan pelajar berfikiran luas dan matang.

“Guru harus kreatif. Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada maklumat buku teks diajar kepada pelajar.

“Kita harus menggalakk­an penyertaan pelajar berfikir dan memberi pendapat mereka. Kita tidak boleh memandang rendah keupayaan berfikir mereka,” jelasnya.

Dennis turut mengumumka­n pemberian geran projek kecil luar bandar ( MRP) berjumlah RM10,000 kepada MSSR Zon Hulu Baram.

Geran bagi membantu per- belanjaan kontinjen menyertai kejohanan MSSR Baram pada Februari tahun depan.

Turut hadir Pengerusi MSSR Zon Baram Mbuang Mesan, Guru Besar SK St Pius Long San Jackson Meli, Kaunselor Dominic Nyurang, Ketua Kaum Long San Lucia Paya dan guru besar daripada 15 sekolah rendah di sini.

Hadir sama lebih 300 murid dan guru terlibat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia