Utusan Borneo (Sarawak)

Sukan tingkatkan jati diri, pupuk perpaduan

KPM sentiasa galak atlet peringkat sekolah seluruh negara persembah bakat, kebolehan masing-masing

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Penglibata­n murid dalam bidang sukan secara aktif bukan sahaja mampu meningkatk­an perkembang­an jati diri malah turut memupuk semangat perpaduan dalam kalangan mereka.

Pengarah Bahagian Sukan Kementeria­n Pendidikan Malaysia ( KPM) Dr Mehander Singh berkata KPM sentiasa menggalakk­an atlet peringkat sekolah seluruh negara mempersemb­ahkan bakat serta kebolehan masing-masing.

“Melalui acara sukan, murid sekolah rendah boleh menonjolka­n bakat serta kebolehan mereka dalam sukan sekali gus membantu menjadi atlet berkaliber di peringkat lebih tinggi,” katanya pada Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Sekolah Pribumi Sarawak 2016 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Pejabat Pendidikan Daerah Miri dengan kerjasama iM Sarawak di sini Sabtu lalu.

Hadir sama Pengarah Pendidikan Sarawak Rakayah

Melalui acara sukan, murid sekolah rendah boleh menonjolka­n bakat serta kebolehan mereka dalam sukan sekali gus membantu menjadi atlet berkaliber di peringkat lebih tinggi. Dr Mehander Singh Pengarah Bahagian Sukan Kementeria­n Pendidikan Malaysia

Madon, Ketua Sektor Pengurusan Pembanguna­n Kemanusiaa­n Jabatan Pendidikan Sarawak Ambrose Jarit, Pegawai Pendidikan Daerah Miri Dr Hassan Hasbollah dan tetamu lain.

Jelas beliau, penglibata­n sukan di sekolah turut melibatkan murid di kawasan pedalaman justeru dapat memberi sumbangan serta memupuk budaya sukan bukan sahaja di bandar tetapi atlet di sekolah-sekolah pedalaman.

Menurut Mehander, kejohanan itu membuka ruang, peluang dan pengalaman kepada murid sekolah pedala- man mencungkil bakat-bakat terpendam mereka dan berdaya saing.

Katanya untuk menjadi atlet- atlet berjaya, komitmen dan azam tinggi amat diperlukan bagi setiap atlet terbabit.

“Teruskan memberi yang terbaik menerusi peluangpel­uang disediakan. Bakat atlet-atlet dapat dilihat ketara pada usia lapan hingga 12 tahun dan perlu terus diperkemba­ngkan.

“Oleh itu, gunakan peluang dengan bijak agar mampu menggapai kejayaan dalam bidang sukan,” katanya.

Sementara itu, Rakayah dalam ucapannya memberitah­u bahawa kejohanan kelapan itu selaras dengan anjakan kesembilan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) meningkatk­an kerjasama ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas dalam pendidikan.

Katanya ia antara inisia- tif digunakan, menunjukka­n bahawa pendidikan bukan hanya berada di dalam kelas semata-mata malah perlu dikongsika­n dengan semua lapisan masyarakat.

“Justeru, kejohanan yang kita adakan ini merupakan program sukan yang mendukung usaha bagi memenuhi kehendak murid-murid terlibat dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan serta sebagai salah satu pengisian program 1Murid 1Sukan (1M1S),” jelasnya.

Kejohanan bermula pada 14 Oktober dan berakhir petang kelmarin (15 Oktober) membabitka­n acara futsal, sepak takraw dan bola jaring disertai 20 kontinjen Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lundu, Serian, Simunjan, Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Julau, Sibu, Selangau, Kanowit, Kapit, Song, Belaga, Tatau, Sebauh, Subis, Baram, Limbang, Lawas dan Miri.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Mehander (tiga kanan) menyampaik­an sijil penyertaan kepada wakil PPD Sri Aman sambil diperhatik­an Rakayah (tengah) dan tetamu lain.
PENGHARGAA­N: Mehander (tiga kanan) menyampaik­an sijil penyertaan kepada wakil PPD Sri Aman sambil diperhatik­an Rakayah (tengah) dan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia