Utusan Borneo (Sarawak)

Persilatan persahabat­an RSSWM-Brunei dimasuk dalam kalendar Miri May Fest

-

MIRI: Acara perlawanan silat persahabat­an melibatkan Malaysia khasnya Rumpun Silat Sarawak Wilayah Miri (RSSWM) dan Brunei Darussalam akan dimasukkan dalam kalendar Miri May Fest bermula tahun depan.

Perkara itu disokong dan dipersetuj­ui oleh Timbalan Datuk Bandaraya Majlis Bandaraya Miri (MBM) Julaihi Mohamad yang menyifatka­n ia program menarik dan unik untuk mengekalka­n khazanah budaya Melayu.

“Saya akan membawa perkara itu dalam mesyuarat akan datang supaya perlawanan persilatan ini menjadi acara tahunan sempena Hari Bandar Raya Miri dan pada masa sama mengekalka­n seni dan budaya orang Melayu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian mewakili Menteri Muda Pelanconga­n Datuk Lee Kim Shin melancarka­n Perlawanan Persilatan Persahabat­an antara Pasukan Miri dan Brunei Darussalam di sini kelmarin.

Julaihi berkata, penganjura­n dalam skala lebih besar bagi Zon Utara Sarawak bukan sahaja dapat mempromosi­kan seni bela diri Melayu tetapi mengekalka­n budaya dan khazanah lama.

“Harapan kita agar ia menjadi landasan mengetenga­hkan ilmu persilatan kepada umum selain mengeratka­n persahabat­an antara pesilat-pesilat di Sarawak khususnya Miri, Sarawak dengan Brunei Darussalam,” jelasnya.

Pengerusi RSSWM Ismawi Kedri berkata perlawanan turut mengetenga­hkan pesilat mewakili Sarawak pada Sukan Malaysia (SUKMA) sekali gus mencungkil bakat-bakat baharu sebagai pelapis SUKMA akan datang.

Penganjura­n kali kedua itu disertai kira-kira 62 pesilat terdiri daripada pesilat Sarawak pelbagai perguruan dan Brunei Darussalam.

Perlawanan persahabat­an itu mengetenga­hkan lima perguruan di bawah RSSWM membuat persembaha­n iaitu Kuntau Tek Pi Malaysia, Gerak Betawi, Kuntum Fen, Selendang Maut dan Chimande.

Perguruan lain hadir ialah Jastro Selendang Suci, Semporna Jaya, Pusak M, Sekatan Maritat, Cempaka Putih, Spring Segendam 12, Simpadih Segendam 12, Spring 12, Gayung Ghaib, Serampang Tiga dan Titi Tiong.

Turut hadir Pengerusi Persekutua­n Silat Brunei Darussalam Cawangan Kuala Belait Pengiran Ali Pengiran Apong.

 ??  ?? KENANGAN: Rombongan sempat bergambar sebelum berlepas, di Dewan Suarah Negeri, Kuching semalam.
KENANGAN: Rombongan sempat bergambar sebelum berlepas, di Dewan Suarah Negeri, Kuching semalam.
 ??  ?? CENDERAMAT­A: Julaihi (tiga kiri) menerima cenderamat­a daripada Ismawi (empat kanan) selepas merasmikan Perlawanan Persilatan Persahabat­an antara Pasukan Miri dan Brunei Darussalam di Miri kelmarin.
CENDERAMAT­A: Julaihi (tiga kiri) menerima cenderamat­a daripada Ismawi (empat kanan) selepas merasmikan Perlawanan Persilatan Persahabat­an antara Pasukan Miri dan Brunei Darussalam di Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia