Utusan Borneo (Sarawak)

JKKK perlu sebar inisiatif kerajaan, manfaat untuk kebaikan masyarakat

-

SERDANG: Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pemimpin akar umbi di kampung memainkan peranan lebih hebat dalam menyebarlu­askan setiap inisiatif yang diumum dan dilaksanak­an kerajaan yang membawa faedah kepada masyarakat di luar bandar.

Perdana menteri berkata selain itu, pemimpin masyarakat seperti Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) juga perlu berfikir dan bertindak di luar kebiasaan merangka strategi memanfaatk­an inisiatif yang diumum kerajaan untuk kebaikan masyarakat setempat di kawasan masing-masing.

Beliau berkata pengenalan inisiatif Digital Ekonomi dan MyFarm Outlet perlu dipergunak­an sebaiknya oleh pemimpin tempatan untuk tampil dengan kaedah atau pendekatan lebih berdaya saing dan selari dengan perkembang­an semasa agar masyarakat luar bandar tidak tercicir daripada ledakan pembanguna­n.

“Jadi, sikap ‘meminta projek’ yang jadi antara amalan JKKK setiap kali pemimpin kerajaan turun kawasan perlu diubah sebaliknya berfikir di luar konvension­al bagaimana untuk memperluas­kan Digital Ekonomi kepada penduduk kerana pasaran e- dagang yang luas berupaya melonjak pendapatan dan taraf hidup masyarakat luar bandar.

“Sebagai kepimpinan akar umbi dalam struktur kerajaan di kampung-kampung, JKKK seharusnya lebih inovatif mengoptimu­mkan peluang yang disediakan kerajaan berbanding hanya meminta projek setiap kali bertemu wakil rakyat atau menteri,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaia­n hadiah Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini semalam.

Hadir sama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengambil MyFarm Outlet yang kini beroperasi di Putrajaya sebagai contoh, Najib berkata walaupun terletak di bandar, JKKK seharusnya menggunaka­n inisiatif berkenaan untuk menggalakk­an penduduk bertani dan menternak haiwan dan hasil pertanian itu kemudianny­a dijual di pasar harian tersebut bagi meningkatk­an taraf hidup masyarakat luar bandar.

Perdana Menteri turut menarik perhatian 12,000 hadirin pada majlis itu dengan mengulangi komitmen kerajaan untuk terus memperkasa­kan pembanguna­n luar bandar walaupun populasi penduduk semakin mengecil akibat penghijrah­an.

“Ketika ini 25 peratus atau 7.8 juta daripada jumlah keseluruha­n penduduk di negara ini adalah mereka yang tinggal di luar bandar, dan jumlah itu terus mengecil namun, saya beri jaminan agenda pembanguna­n luar bandar tetap jadi keutamaan kerajaan.

“Walau di mana anda berada, kita akan pastikan capaian pembanguna­n oleh kerajaan tetap akan sampai dan akan dilaksanak­an secara inklusif dan saksama supaya setiap rakyat akan ‘disentuh’ dalam perancanga­n yang dibawa,” katanya.

Najib bagaimanap­un menegaskan kerajaan tetap memerlukan sokongan padu dan komitmen daripada 16,549 JKKK untuk secara aktif menggemble­ng tenaga dan fikiran dalam memastikan agenda yang dirancang dan dilaksana berjaya sepenuhnya.

Pada majlis itu, Kampung Parit Tengah, Muar, Johor dinobat sebagai johan kampung tradisiona­l apabila menewaskan 482 kampung lain, sekali gus membawa pulang wang RM50,000 dan hadiah dalam bentuk projek bernilai RM650,000.

Kampung Orang Asli Bukit Bangkong, Sepang Selangor pula membawa pulang hadiah wang tunai RM70,000 dan hadiah projek RM250,000 apabila muncul juara kategori Kampung Orang Asli.

Kampung Baru Kangkar Bahru, Batu Pahat, Johor dan Rumah Bihai, Mukah, Sarawak pula membawa pulang hadiah kemenangan masing-masing bernilai RM525,000 dan RM150,000 apabila diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Kampung Baharu Cina dan Rumah Panjang.

Mula dipertandi­ngkan pada 2014, ADS1M 2016 disertai oleh 581 kampung membabitka­n 483 kampung tradisiona­l, Kampung Orang Asli (enam), Rumah Panjang ( 20) dan Kampung Baharu Cina (72). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUAI KEJAYAAN: Tuai Rumah Bihai Humang (kiri) bersama rakannya bergambar bersama selepas menerima anugerah Johan Kategori Rumah Panjang pada majlis penyampaia­n Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) Peringkat Kebangsaan di Tapak Ekspo Pertanian...
— Gambar Bernama TUAI KEJAYAAN: Tuai Rumah Bihai Humang (kiri) bersama rakannya bergambar bersama selepas menerima anugerah Johan Kategori Rumah Panjang pada majlis penyampaia­n Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) Peringkat Kebangsaan di Tapak Ekspo Pertanian...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia