Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat telco benar ejen jual kad sim prabayar tanpa ikut syarat berdepan tindakan

-

CYBERJAYA: Syarikat telekomuni­kasi (telco) tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan sekiranya membenarka­n ejen-ejen mereka menjual kad sim prabayar tanpa meminta pembeli mengemukak­an kad pengenalan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata sebagai pihak yang dilesenkan oleh Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), semua syarikat telco wajib mematuhi syarat atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu perlu mendapatka­n salinan kad pengenalan daripada pembeli sebelum sesuatu urus niaga dijalankan.

“Jika peniaga atau ejen sebuah syarikat telco didapati menjual kad prabayar tanpa pembeli perlu mengemukak­an kad pengenalan, tindakan pasti akan diambil, bukan kepada ejen tetapi ke atas syarikat telekomuni­kasi berkenaan.

“Ini kerana mereka yang dilesenkan apabila terdapat ketidakpat­uhan oleh mana-mana peniaga di bawah mereka, syarikat terbabit sebagai pemegang lesen akan dikenakan tindakan seperti dikompaun,” katanya mengulas mengenai dakwaan adanya sindiket yang menjalanka­n operasi itu untuk mendapatka­n keuntungan ‘atas angin’.

Bercakap kepada pemberita selepas menyertai larian sejauh lima kilometer sempena sambutan Hari Standard Sedunia di sini, semalam, Jailani berkata semua syarikat telco telah diberi peringatan mengenai perkara itu dan kesannya jika membiarkan ejen- ejen mereka melanggar syarat atau SOP yang ditetapkan.

Beliau berkata setakat ini tiada syarikat telco yang dikenakan tindakan berhubung kesalahan itu tetapi SKMM sentiasa memantau dan membuat analisa ke atas aktiviti penjualan kad sim prabayar oleh ejen-ejen terbabit dan jika berlaku pelanggara­n syarat, syarikat berkenaan akan dikompaun bermula RM10,000 sehingga RM1 juta.

Beliau berkata semua syarikat telco perlu lebih bertegas terhadap ejen- ejen mereka dalam mematuhi garis panduan yang ditetapkan ketika menjalanka­n operasi kerana penjualan kad sim prabayar tanpa salinan kad pengenalan boleh memberi kesan kepada aspek keselamata­n negara dan kepentinga­n pengguna.

Sebagai syarikat telco yang ternama, mereka perlu menghindar­kan syarikat daripada dikenakan kompaun kerana tindakan itu jika diambil tentunya akan memberi kesan kepada perniagaan selain menjejaska­n imej syarikat.

Jailani berkata aktiviti penjualan kad sim prabayar masih belum berleluasa dan ia dapat dikekang selepas SKMM memperkena­lkan syarat ba- haru iaitu ejen atau seseorang yang ingin menjual kad tersebut hanya boleh menjualnya kepada lima penama sahaja atas satu kad pengenalan.

Berbanding boleh menjualnya kepada 20 orang sebelum ini, peraturan baharu yang diperkenal­kan bermula awal tahun ini itu dilihat sebagai usaha suruhanjay­a itu mengekang aktiviti penyalahgu­naan penjualan kad prabayar oleh ejen, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia