Utusan Borneo (Sarawak)

Pengarah jabatan kerajaan bebas dengan jaminan RM500,000

-

KOTA KINABALU: Seorang pengarah jabatan kerajaan di Sabah yang ditahan reman berhubung kes salah guna kuasa dan rasuah projek infrastruk­tur bernilai RM3.3 bilion, dibebaskan dengan ikat jamin semalam.

Sumber yang rapat dengan pasukan siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata pengarah itu dibebaskan Majistret Stephanie Sharron Abbie dengan ikat jamin RM500,000 tanpa deposit dengan dua penjamin, pada jam 1 petang semalam.

Pada 11 Okt lepas, SPRM dibenarkan menahan reman pengarah itu selama lima hari lagi, yang tempohnya berakhir semalam, selepas tempoh tahanan reman tujuh hari sejak 5 Okt lepas tamat.

Menurut sumber itu, tempoh tahanan reman terhadap empat individu lain termasuk bekas timbalan pengarah jabatan kerajaan yang ditahan pada Jumaat akan berakhir pada 18 Okt ini.

Sumber itu menambah SPRM akan meneruskan siasatan termasuk merekodkan kenyataan dan mengumpul bukti berhubung kes terse- but.

Setakat ini SPRM telah merakam percakapan 82 saksi berhubung siasatan kes itu, tambah sumber berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahka­n perkara tersebut.

Beliau juga tidak menolak kemungkina­n lebih ramai lagi saksi akan dipanggil untuk membantu siasatan kes tersebut.

SPRM menahan lima individu terbabit bagi membantu siasatan kes berkenaan yang juga kes terbesar dalam sejarah SPRM.

Suruhanjay­a itu antara lain turut merampas lebih RM114.5 juta, barang kemas bernilai RM3.64 juta dan sebanyak 127 geran tanah dianggarka­n bernilai RM30 juta.

Siasatan kes itu akan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM, Seksyen 17(a) Akta SPRM, Seksyen 23 Akta SPRM, Seksyen 132 Akta Syarikat, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pengubahan Wang Haram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia