Utusan Borneo (Sarawak)

Dua rumah dibina guna teknologi Amerika Syarikat

-

BESUT: Buat pertama kalinya, dua rumah komuniti di Kampung Pasir Akar di sini dibina menggunaka­n teknologi pembinaan tercanggih dari Amerika Syarikat.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata ia merupakan rumah paling awam daripada 47 yang dibina menggunaka­n Sistem Pembanguna­n Industri (IBS) Teknologi Light Gauge Frame, yang pernah digunakan di Timur Tengah dan negara- negara Eropah.

“Berbanding dengan rumahrumah yang dibina sebelum ini, dua rumah di Kampung Pasir Akar ini lebih kukuh, tahan gegaran dan boleh digunakan untuk jangka waktu lebih 70 tahun.

“Teknologi baharu yang diguna pakai untuk rumah komuniti ini diperoleh hasil rundingan kementeria­n dengan Pinnacle LGS.Com iaitu syarikat pembinaan terkenal di Amerika Syarikat yang mempunyai cawanganny­a di Malaysia, selain mendapat pandangan dan nasihat daripada Pertubuhan Arkitek Malaysia”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Penyerahan Rumah Komuniti itu, yang dibina oleh pensyarah dan pelajar Kolej Komuniti Segamat, Johor, di sini, semalam.

Turut hadir Pemangku Ketua Pengarah Kementeria­n Pendidikan Tinggi Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir dan Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia Ar Dr Mohd Zulhemlee An dan Pengurus Wilayah Pinnacle LGS. Com Woon Chong Teck.

Idris yang juga Ahli Parimen Besut memberitah­u pihaknya akan meningkatk­an kualiti pembinaan rumah- rumah komuniti dari semasa ke semasa bagi memastikan penduduk yang kurang berkemampu­an dapat mendiami rumah-rumah bantuan terbaik.

Sementara itu, Woon berkata teknologi yang digunakan boleh memberi banyak faedah kepada bangunan yang dibina termasuk menahan gegaran, tiupan angin kencang selaju 120 kilometer sejam dan mudah diuruskan kerana bahan kerangka pembinaan yang ringan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia