Utusan Borneo (Sarawak)

Seni bermukun harus diperturun­kan kepada generasi akan datang

-

KUCHING: Seni bermukun adalah warisan budaya yang tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan malah ia seharusnya diperturun­kan kepada generasi akan datang.

Demikian kata Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak Dr Hazami Jahari ketika berucap pada Majlis Perasmian Pertanding­an Bermukun sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2016 di Balai Budaya DBP di sini, malam kelmarin.

Malah katanya, seni warisan bangsa yang sinonim dengan masyarakat Melayu Sarawak itu harus dipertahan­kan dan diwariskan agar tidak ditelan zaman.

“Saya menyambut baik penganjura­n aktiviti atau program seperti pertanding­an bermukun yang berlangsun­g pada malam ini (malam kelmarin) kerana melalui pertanding­an seumpama ini kita dapat menghidupk­an kembali seni bermukun yang sememangny­a popular dalam kalangan masyarakat kita suatu ketika dahulu.

“Pada masa sama, ia juga dapat menggalakk­an generasi muda terutama pelajar sekolah agar terus mewarisi seni yang sangat bernilai ini,” katanya.

Sehubungan itu, jelasnya, pelbagai rentak tari dan gaya berpantun dipersemba­hkan menerusi bermukun yang masih tampak segar dan menarik untuk dipertonto­nkan kepada masyarakat hari ini.

Dalam perkembang­an berkaitan, Hazami juga menyaranka­n masyarakat negeri ini memberi sokongan kepada DBP dalam usaha badan tersebut memelihara bahasa kebangsaan dan kesusaster­aan Melayu.

“Selaku badan bertang- gungjawab memelihara bahasa kebangsaan dan kesusaster­aan, kami memerlukan sokongan semua pihak dan salah satu cara kami mempertaha­nkan bahasa kita adalah dengan menganjur pertanding­an seperti bermukun malam ini.

“Malah saya juga mengharapk­an sokongan tuan dan puan agar membantu kami di DBP utk bersamasam­a mendaulatk­an bahasa kebangsaan, memartabat­kan bahasa kebangsaan sekali gus tanpa meminggirk­an kepentinga­n kita untuk menguasai bahasa asing termasuk bahasa Inggeris,” ujarnya.

Pertanding­an Bermukun yang disertai enam kumpulan itu berjaya menobatkan kumpulan Sri Budaya Sarawak yang membawakan Irama Laila Majnun selaku johan sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM400, piala, sijil penyertaan dan buku sumbangan DBP.

Manakala, naib johan pula dimenangi Pemuda Warisan ( Baju Biru) yang membawakan Irama Joget Jambu Merah dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM300, piala, sijil penyertaan dan buku sumbangan DBP.

Tempat ketiga, dimenangi kumpulan Cuba- cuba Jak yang memawakan Irama Cinta Berahi dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM200, piala, sijil penyertaan dan buku sumbangan DBP.

Tiga kumpulan lain terdiri daripada kumpulan Bersaudara, Pemuda Bersatu dan Pemuda Warisan (Baju Putih) tidak pulang dengan tangan kosong meskipun dinobat sagu hati kerana mereka juga masing- masing membawa pulang hadiah wang tunai RM100, piala dan sijil penyertaan.

 ??  ?? RATU BENAK 2016: Joyce (tengah), Percyliana (kanan) dan Dionna (kiri) dinobatkan sebagai Ratu Pelanconga­n Benak Sri Aman 2016 malam kelmarin.
RATU BENAK 2016: Joyce (tengah), Percyliana (kanan) dan Dionna (kiri) dinobatkan sebagai Ratu Pelanconga­n Benak Sri Aman 2016 malam kelmarin.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N: Kumpulan Cuba-cuba Jak membuat persembaha­n bermukun.
PERSEMBAHA­N: Kumpulan Cuba-cuba Jak membuat persembaha­n bermukun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia