Utusan Borneo (Sarawak)

Sri Aman bukan lagi bandar terpinggir

Sri Aman kini mempunyai jaringan infrastruk­tur baik dengan tempat-tempat lain

- Oleh Kelvin Lambai

Kita percaya pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo yang menelan belanja RM16 bilion memberi suntikan hebat kepada ekonomi negeri ini dalam tempoh lima ke enam tahun akan datang.

SRI AMAN: Sri Aman bukan lagi sebuah bandar terpinggir sebaliknya membangun seperti bandar-bandar lain di Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata program transforma­si luar bandar memastikan bandar seperti Sri Aman mempunyai jaringan infrastruk­tur baik dengan tempattemp­at lain bagi memperting­kat potensi ekonomi dan keselesaan hidup masyarakat luar bandar.

“Kita percaya pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo yang menelan belanja RM16 bilion memberi suntikan hebat kepada ekonomi negeri ini dalam tempoh lima ke enam tahun akan datang,” katanya menerusi teks ucapannya yang dibaca oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa menangguhk­an Pesta Benak Sri Aman 2016 di Tebingan Batang Lupar di sini

Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem Ketua Menteri

semalam.

Beliau berkata, kerajaan berharap rakyat dapat menggunaka­n peluang mengangkat status ekonomi tempatan dengan adanya sistem pengangkut­an yang baik dengan siapnya Lebuh Raya Pan- Borneo dalam masa enam tahun lagi.

Beliau menjelaska­n, Pesta Benak merupakan faktor penyatuan masyarakat di Sri Aman dan kawasan sekitar.

Pesta tiga hari itu memberi peluang kepada masyarakat Iban, Melayu, Cina dan lainlain bersuka ria dalam semangat saling faham-memahami dan hormat- menghormat­i antara satu sama lain.

“Saya percaya Sri Aman tidak hanya bergantung kepada Pesta Benak sebagai produk pelanconga­nnya.

“Sri Aman merupakan sebuah bandar kaya dengan sejarah, seharusnya dibangunka­n menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negeri.

“Kubu Alice dipulihkan menjadi sebuah muzium kecil yang mempamerka­n bahanbahan sejarah tempatan.

“Tempat menarik seperti Gereja Mount Hosanna, rumah-rumah panjang Iban di Lubok Antu, Taman Negara Batang Ai dan Taman Hidupan Liar Lanjak-Entimau hendaklah terus dipromosik­an kepada pelancong,” katanya.

Hadir sama Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar dan Perladanga­n merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis, ADUN Bukit Begunan Datuk Mong Dagang, Residen Bahagian Sri Aman Jonathan Lugoh, Pegawai Daerah Sri Aman Ismawie Salleh, Wali Kota Majlis Daerah Sri Aman ( MDSA) Richard Tawan Sedu, ketua-ketua jabatan dan masyarakat.

Pada majlis itu, Uggah turut mengumumka­n peruntukan berjumlah RM50,000 bagi membantu Jawatankua­sa Pesta Benak untuk penganjura­n pesta sama pada masa akan datang.

 ??  ?? TERHIBUR: Hazami (duduk tengah) ketika menyaksika­n Pertanding­an Bermukun bersempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2016, di Kuching, malam kelmarin.
TERHIBUR: Hazami (duduk tengah) ketika menyaksika­n Pertanding­an Bermukun bersempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2016, di Kuching, malam kelmarin.
 ??  ?? APA KHABAR?: Uggah bersalaman dengan orang ramai sebaik tiba pada majlis itu sambil diiringi Harden (dua kiri), Jonathan (kiri) di Sri Aman semalam.
APA KHABAR?: Uggah bersalaman dengan orang ramai sebaik tiba pada majlis itu sambil diiringi Harden (dua kiri), Jonathan (kiri) di Sri Aman semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia